Isnin, 20 Oktober 2008

Dip Ed

Akhirnya... namaku, K.in, Liza, Yah n Mannal tersenarai untuk Dip Ed bln 11 ni.. alhamdulillah.. harap this is the best way... mula la episod baru dlm kehidupan... belajar n bekerja in the same time... moga dipermudahkan!

Ahad, 7 September 2008

ceramah nuqaba'

alhamdulillah.. dapat mengikuti ceramah yg dianjurkan JIM Perak untuk mewujudkan naqibah berkesan.. dah lama tiada pengisian hati, moga dengan sentuhan di bulan ramadhan ni mengembalikan semula semangat juang... I'allah.." jika kamu pelihara Allah .. Allah akan pelihara kamu... "hadis hasan sahih

Jumaat, 5 September 2008

puasa..

ni puasa tahun ke-2 di seri iskandar. kali pertama masa mula2 pindah thn lepas.. so, posa kami x di susun rapi. berbuka dan bersahur di merata2.. thn ni alhamdulillah.. sempat bertadarus dengan group usrah student.. nikmat rasa.. harap2 lailatul qadr jd milikku.. amin

Isnin, 25 Ogos 2008

KURSUS...

emm.. esok aku p kena p kursus.. cian kat anak ku uwais kena tinggal ngn abah dia.. tp x pa dia ena belajar jugak berjauhan.. nt bln 11 ni lagi lama kena p kursus... sebulan lebih.. yg ni 3 hari jer.. tu pun dekat teluk batik jer... syok nya klu dapat bercuti ngn family kat sini... moga segalanya dalam redha Allah

Jumaat, 22 Ogos 2008

permatang pauh..

aku pn x nak ketinggalan ngn citer permatang pauh ni.. best la tgk rakyat malaysa yg dah matang dalam membuat pilihan.. dulu, apa yg dihidangkan tu la pilihan... kini, kita menganalisis apa yg patut.. alhamdulilla.. semoga perubahan ke arah yg lebih baik..

Ahad, 3 Ogos 2008

OGOS INI

Kaki dah melangkah ke bulan ogos dan bakal menjejak ke bulan sya'aban.. sungguh cepat putaran masa ini... seolah-olah sedang berlari di kejar usia.. bukan mengejar.. sungguh.. di usia ini terlalu banyak yg blum aku belajar ttg kehidupan dan ttg hari pertemuan denganNYA yg
Maha kuasa...

Selasa, 24 Jun 2008

urut

adui.. lama x urut bdn syok pulak bila diurut ni.. nama makcik tu cikzah.. kuat lg. umur dh 50an.. ari tu lps bersalin ceasear so x usik la rahim.. ari ni di angkatnya.. katanya dh turun sgt tu yg sakit sakit satu bdn.ringan sikit bdn ni alhamdulillah...

Isnin, 23 Jun 2008

Hebat (dipetik dari blog Prof Kamil-abg Ena)


Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang keluar dari rumahnya kerana kesombongan dan ingin dilihat orang serta menghalangi (orang) dari jalan Allah, dan Allah itu mengepung apa yang mereka kerjakan [Surah Al Anfaal, ayat 47].
Saya sangat-sangat berbangga dengan staf akademik yang muda-muda tetapi berjaya menjadi insan yang hebat. Hasil kerja kuat, dalam masa yang singkat mereka berupaya menjadi penyelidik, penulis dan tenaga pengajar yang mampu menaikkan nama universiti.
Kehebatan diri tidak bermakna perlu hadir bersama dengan perasaan sombong, angkuh dan riyak. Lebih tinggi ke atas lebih kerap kita perlu melihat ke bawah. Perasaan hebat pada diri sendiri sebenarnya akan membawa kecelakaan. Mungkin tidak sekarang tetapi - percayalah - ia akan tiba jua.
Bertahun-tahun menjadi pentadbir akademik, saya menyaksikan bagaimana mereka yang kelihatan hebat enggan mengikut peraturan universiti, berasa diri disayangi dan mahu diberi keistimewaan melampau akhirnya tewas dengan perasaan sendiri.
Mereka tidak akan ke mana akhirnya. Dan pasti - pada satu ketika - akan menemui jalan mati. Sekurang-kurangnya hati sentiasa resah dan sepi!
Lalu, saya fikir perasaan menyombong diri tidak akan membawa faedah. Lebih baik mengikut resmi padi, lebih berisi, lebih tunduk. Hormat orang tidak boleh dipaksa. Ia datang di atas kerendahan hati dan perasaan. Mereka yang ikhlas akan terserlah di wajah atau melalui tindakan mereka. Samada dalam diam ataupun di mata awam.
Hebat? Kehebatan sebenar hanyalah di sisi Allah. Marilah kita memohon keampunan Allah SWT.

Ahad, 22 Jun 2008

ayat untuk kita berfikir

Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi...
sama2 lah kita renungkan...

Sabtu, 21 Jun 2008

cuti..

alhamdulillah... dapat bercuti selepas 5 hari bekerja.. kejapnya waktu berlalu.. jadual ari ni x padat pun memandangkan husban keje... klu x ble gak p mencuci mata ke mana2, ye ke? dgn minyak naik ni rasanya x la sekerap dulu p melencong.. kna kawal perbelanjaan.. ni la kehidupan ada turun dan naiknya... Insyaallah rezeki tu ada cuma kita kena pandai bajetla... banyakkan sedekah i'allah.. lagi berkat..

Khamis, 19 Jun 2008

peringatan di penghulu hari

ihsan tko
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..
2. Pendendam

tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad
dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...
8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...
9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya

upp

buat keje unit peperiksaan ari ni... senat esok... penat la mencari ada x kesilapan dalam keputusan tu.. student x masuk lg.. ni la keje kami

Rabu, 18 Jun 2008

lelong lelong

hehe bukan nak lelong apa lelong kereta kelisa ku yg comel. aku dah iklankan pun kat mudah. ramai jugak yg bertanya cuma aku macam confius je nak jual ke x... tengok la klu ada tawaran paling baik aku akan jual.. sayang wei.. that's my 1st car and elok lg...bawak pun ok... ni pasal minyak naik la ni.. terpaksa la jual satu keta... pakai satu udah ler..

harta pusaka

arwah ayah ada tinggalkan kami dua bidang tanah.. aku rasa terpanggil untuk menyelesaikan tahan pusaka ni. dah hampir 20 tahun ayah pergi. benda ni belum settle2. sian ayah. aku anak paling kecik rasa mcm x layak jer. so, aku rseahkan pada kakak ku yg ke-2. tp dia pn x berani. nk jaga hati mak takut mak kata kami nak harta tu pulak. entah allah dah tetapkan benda ni.. tp mcm susah jer nak settlekan. aku x mau keluarga aku bergaduh kerana harta dunia yg sikit tu. tp aku pn faham walau mcmmnpn benda tu kena settle sementara semua adik beradik masih hidup.. klu tak ia makin rumit.. aku harap sangat pertolongan Allah saat ni... moga dipermudahkan...

Selasa, 17 Jun 2008

rebat tunai...

alhamdulillah.. dapat amik rebat tunai ari ni... ble la buat bayar deposit rumah nak masuk bln depan...

Isnin, 16 Jun 2008

minyak2..harap2 kita x ditipu kerajaan

Siapakah Yang Untung Dengan Kenaikan Harga Minyak Global
Jawapannya tentu sekali negara-negara pengeluar minyak, termasuklah Malaysia.
• Malaysia sebagai negara ‘net exporter’ minyak mentah menerima habuan besar daripada kenaikan harga minyak dunia. Data-data yang dikeluarkan oleh Kerajaan menerusi Bank negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara serta data-data dari Petronas sendiri menunjukkan semenjak dunia di landa krisis harga minyak mentah yang melambung, Malaysia menikmati pulangan yang semakin tinggi.
• Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 ribu tong minyak mentah sehari (Bergantung kepada keluaran semasa).
• Malaysia menggunakan lebih kurang 400 ribu tong minyak mentah sehari.
• Ini bermakna Malaysia mengeksport bersih lebih 250 ribu tong sehari.
• Bagaimanapun minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan sebagai “Tapis Blend”, yang didefinisikan oleh Exxonmobil sebagai “Tapis Blend is a high quality, extra light, low sulfur crude. It has high quality clean products and conversion feed.” Iaitu minyak mentah berkualiti tinggi dan disebut oleh Hassan Merican sebagai Sweet and Light.
• Tapis Blend tidak digunakan dipasaran tempatan sebaliknya di eksport untuk pasaran luar negara pada harga yang mencecah 30% lebih tinggi dari harga minyak mentah yang digunakan didalam negara.

Mekanisme Penjualan Minyak Mentah Malaysia
Sebelum 2004, minyak mentah Malaysia di jual pada kadar USD30.00 satu tong. Hari ini harga pasaran bagi minyak mentah global berkisar di paras lebih USD130.00 satu tong. Ini beerti pendapatan negara menerusi segala bentuk cukai juga meningkat.
Telaga minyak di Malaysia dikendalikan oleh Petronas dan beberapa syarikat pengeluar minyak antarabangsa. Syarikat pengeluar ini mendapat keuntungan amat besar pada harga pasaran hari ini.
Tun Dr. Mahathir Mohamed, selaku Penasihat Petronas menulis di blognya, “Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran (Oleh Petronas semenjak 3 tahun lalu) oleh itu lebihan USD100.00 satu tong boleh di anggap untung bersih.”
Oleh yang demikian, memandangkan Malaysia memiliki lebihan sekurang-kurangnya 250 ribu tong sehari setelah ditolak penggunaan tempatan maka bagi setiap 1 tong itu pengeluar mendapat untuk bersih tidak kurang USD100.00.
250 tong x USD100 x 365 hari = Untung Bersih
Ini bererti pengeluar mendapat keuntungan berlipat ganda dan mereka terpaksa membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan. Kesannya, kerajaan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi menerusi cukai langsung, cukai tidak langsung, dividen dan royalti dari hasil petroleum dan gas, berbanding 3 tahun yang lalu.
Data Perbedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi


• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.
• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.

Benarkah Subsidi Petroleum Membebankan Negara
Kerajaan mendakwa bahawa kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petrol dan diesel yang tinggi.
Sebaliknya, data-data dari sumber rasmi kerajaan membuktikan sebaliknya. Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar (Petrol, Diesel dan lain-lain), subsidi bahan makanan dan lain-lain.
Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.
Ini membuktikan bahawa kerajaan masih mengalami perolehan lebihan jika ia mengekalkan harga Petrol dan Diesel pada harga yang lama.
Pada tahun 2004, kerajaan membelanjakan sebanyak 6.3% dari Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan untuk subsidi (termasuk segala bentuk subsidi) dan mencatat peningkatan kepada 13.7% pada tahun 2005 tetapi menurun semula kepada 9.4% pada tahun 2006. Subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan hanya mencatat peningkatan pada 0.4% dalam tahun 2007 walaupun kerajaan tidak menaikan harga bahan bakar sepanjang tahun itu.
Oleh yang demikian sebenarnya jelas bahawa subsidi bahan bakar petrol dan diesel sebenarnya tidak membebankan negara.
Mengapa Subsidi Petrol dan Diesel tidak membebankan Negara
Seperti yang dijelaskan, Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 tibu tong minyak mentah sehari. Kegunaan dalam negara pula hanyalah 400 ribu tong sehari. Negara mengalami lebihan 250 ke 300 ribu tong sehari untuk dieksport ke luar negara.

Memandangkan kegunaan minyak mentah dalam negara tidak memerlukan minyak mentah berkualiti tinggi, maka 400 ribu tong minyak mentah yang dikhaskan untuk kegunaan dalam negara di tukar di pasaran dengan 400 ribu tong minyak minyak berkualiti rendah. Pertukaran ini juga menguntungkan negara kerana minyak mentah negara dari kelas Tapis Blend yang harga lebih tinggi dari minyak mentah yang diperlukan oleh negara. Ini bermakna negara samada mendapat lebih minyak atau mendapat pulangan kewangan bersama minyak yang ditukar itu.
Ini bererti, sebarang kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran global langsung tidak menjejaskan negara.
Oleh yang demikian tiada sebab mengapa kerajaan perlu menaikan harga petrol dan diesel dengan memberi alasan mengurangkan subsidi terhadap bahan bakar tersebut!"

Ahad, 15 Jun 2008

Sedikit santapan rohani buat hati yg lalai...

ihsan dar kasim blog

Islam tegak atas dasar ingat-mengingat dan tugas dakwah. Usaha dakwah merangkumi 2 aspek iaitu menyuruh melakukan kebaikan (amar makruf) dan mencegah dari melakukan kejahatan (nahi mungkar). Inilah sebenarnya misi utama seseorang rasul diutuskan. Sebagai umat Islam, kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada Nabi Muhammad saw. kerana melalui usaha dakwah Baginda dan para sahabat maka kita dapat menikmati Islam dan Iman.
Sebagai tanda kesyukuran ini, kita hendaklah menyebarkan Ad-Deen ini kepada orang lain sesuai dengan pesanan Nabi "Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat." Dengan cara ini barulah Ad-Deen Islam ini dapat berkembang. Dalam kegawatan aqidah ini, tugas dakwah bukan saja terletak kepada para ulama saja; bahkan menjadi fardhu 'ain kepada semua individu Muslim memikul tugas dai'e ini mengikut kemampuan masing-masing.

Sabtu, 14 Jun 2008

jadual hari ni...

hari ni ada program isma kat ipoh... bangun pg rasa x larat jer..he2 syaitan la tu! nak kena pergi jugak tp may be lambat ckit coz sttlekan dulu urusan rumahtangga ni... maklumla.. esok dah mula keje... uwais pun belum bangkit lg, semalam tido lewat. biasalah tengah membesar macam-macam ragam dia.. tp tula my sweet heart! hopefully jd anak soleh! sayang anak ummi! abah dia pulak ari ni keje. sejak minyak naik ni kena la wat part time untuk tamoung aper yg perlu... kuat semangat ye bang! he3 ok nak beersiap ke ipoh.. nama program tu program seminar penerusan dakwah ... ye ke? lebih kurang la tu...

Jumaat, 13 Jun 2008

Muslimah...

dari laman TKO
"Wanita ibarat barang perhiasan yang paling berharga, letaknya di atas alas kain yang indah di dalam sebuah peti simpanan yang tahan dan kukuh, hujahnya, bagi mempertahankan dan melindungi mereka serta yang terpenting menunjukkan ketinggian nilai mereka, maka di dunia ini mereka perlu menyembunyikan aurat mereka dari tatapan umum agar nilai mereka tidak akan pudar.

wajahmu yang ayu menawan
kenapa dipalit topeng derandam
hingga hilang seri aslimenjadi tontonan asyik
mata yang tak berhak
tidakkah engaku bimbang iakan mencair mengalir dan menitis pedih
kerana panasnya apisiksa untuk keegoanmu
mahkota yang panjang mengurai
kenapa dibiar lepas bebasditiup angin nafsu
tidakkah kau takuti
a disentak sisir panas dari bara jahanam
hingga mengelegak ubun-ubun
balasan untuk keanggkuhan
suaramu halus gemersik
kenapa lunak berhias merdu merintih
melirik senyum manja
mengoncang iman tipis
tidakkah engaku gementar
gelegak cairan timah
mencerup kerongkong
munatijah untuk keenganan
tubuhmu yang indah tebentuk
kenapa dibiar terdedah benang2 pintal yang singkat
jarang2 dan ketat...
apakah tak cukup lading kapas
lenggok beralun membuang langkah
memancing jiwa-jiwa kontang
tidakkah kau gusar ia hangus
dijilat lahar murkahadiah untuk keingkaraMuslimah...
Tidak cukup hanya taqwa pakaian batin
perlukan hijab pakaian zahir
keranan islam bukan isi atau kulit sahaja
tetapi syumul untukmu dan untuk semua....

Jumaat, 23 Mei 2008

jom berkongsi koleksi resepi...

:::::::::::::::>makan.cari.my
:::::::::::::::>resepi4u.blogspot.com
:::::::::::::::>www.comp.nus.edu.my
:::::::::::::::>www.ppak.kelantan.edu.my
:::::::::::::::>resepi.mesra.net
:::::::::::::::>www.myresepi.com
:::::::::::::::>www.familiazam.com
:::::::::::::::>www.geocities.com/kakwan
:::::::::::::::>mamasya.fotopages.com