Isnin, 2 November 2009

Hari Keluarga KPMSI 2009




Semalam 1 hb 11 KPM SI seperti tahun2 yg lepas mengadakan hari keluarga untuk semua stafnya... Ini merupakan kali ke-3 aku menyambutnya. Kali ini destinasi yang dipilih sebagai tempat untuk bersama-sama meraikan hari keluarga adalah di Taman Herba, Papan Ipoh, Perak. Sebelum ini 2007 di Teluk Rubiah, Manjung dan Pulau Pangkor 2008. Seronok sebenarnya berkumpul ramai-ramai untuk mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan pekerja KPMSI. Maklumlah hari kerja tidak sempat untuk bersuka ria bersama, jadi, waktu ini digunakan sepenuhnya untuk beriang ria tapi masih lagi dalam batasanNya. Kali ini tak macam thn lepas aku ambil bahagian juga dalam permainan yang dianjurkan.. nampaknya kali ini jadi pemerhati je la.. maklumlah dlm berbadan dua ni. Tapi, walau macam mana pun still happening sambutan hari keluarga tahun ni.. kredit untuk AJK yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ni.
Saat yang paling teruja waktu mendapat cabutan bertuahlah.. kali ni aku dapat deep fryyer.. alhamdulillah.. x seperti thn2 lepas aku dapat hamper... Uwais la x sabar nak bukak hadiah ni..

Isnin, 19 Oktober 2009

facebook

Sejak dua tiga hari ni aku duk melayan facebook. Nick yag aku duk guna adalah n huda awang n.. x sangka berjumpa semula ngn kawan2 lama dari sekolah dulu2. terimbaulah kenangan2 lama.. biasa la ada yang manis ada yang pahit... dengan harapan facebook tu memanjangkan silaturrahim yg terputus dan bukannya tempat untuk keduniaan semata2. kadang2 kita kena faham kita sering disibukkan dengan dunia yang fana daripada akhirat yang pasti abadi. Terdetik juga di hati kebimbangan bila terlalu sibuk melayani kehidupan kita, dengan pangkat dan anak2 adakah termasuk kita dalam golongan yang dikatakan cinta kepada dunia iaitu umat Muhammad akhir zaman yang banyak tetapi seperti buih di lautan(Nauzubillah). Kenapa? kerana tiada lagi roh Islam dalam diri.. Kita seronok memperkatakan tentang kejayaan kita, aktiviti harian kita, apa yang kita miliki tetapi kita lupa untuk mengingatkan diri kita tentang persiapan menuju hari esok yang pasti.. aku x bercakap tentang orang lain tetapi tentang diriku sendiri yang diasak dengan kehidupan yang memang aku cintai ni(astaghfirullahhalazim). Ya Rabbi.. aku takut sangat bila mengingati mati.. aku mengadu kepada Mu Ya Allah permudahkan jalan ini.. luruskan lah ia.. jadikan harta dan anak2 ku jalan untuk lebih aku mendekatkan diri ku kepadaMu.

Selasa, 15 September 2009

Semurni Ucapan di Lebaran ini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selasa, 8 September 2009

Ramadhan

Belum terlambat rasanya untuk menulis tentang ramadhan di penghujung malam2 terakhir ramadhan ini. Berbanding tahun2 sebelum ini ramadhan kali ini kurasakan terlalu singkat. Dalam sekelip mata sudah 19 hari berlalu.. Ya Allah apakah ini memberi tanda ramadhan ku hanya seperti hari2 yang lain.. nauzubillah. Aku menunggu 10 malam terakhir ini. Dengan harapan aku adalah insan yang terpilih untuk menerima anugerah malam lailalatul qadar. Jadi, tekad ku 10 malam terakhir ni kami akan bersahur secara sederhana tanpa nasi dan lauk. Cuma beralaskan tamar dan susu.. supaya masa sahur yg ada tidak dibazirkan untuk penyediaan makanan tapi dapat dipenuhi dengan solat tahajud, taubat, hajat dan witir.. InsyaAllah.. Moga dipermudahkanNya.

Ahad, 16 Ogos 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rabu, 12 Ogos 2009

Tip melayan anak

Adalah mudah iaitu:-Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.
Tips;1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilanyang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban......
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya ..Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 ygdtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12...... Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali .
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda . Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..
15....Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja . Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda .
Bestnya dapat layan anak2 macam ni... kekadang keletihan menguasai sering anak dia biarkan sendiri walaupun ketika memerlukan uminya di sisi.. maafkan umi.

Khamis, 6 Ogos 2009

10 soalan lazim tentang H1N1 - oleh Dr David KL Quek (Presiden MMA) - Ogos 2006
Diterjemahkan ke dalam BM oleh : Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk http://www.drazwan.blogspot.com/
Artikel asal di dalam bahasa Inggeris di sini:-

1) Bolehkah kita membezakan di antara selsema biasa dengan selsema H1N1 tanpa melalui ujian makmal?
Tidak boleh. Selsema adalah selsema, tetapi terdapat juga perbezaan yang boleh diketahui. Sesetengah gejala seperti batuk, hidung berair, demam, sakit badan, penat, muntah dan cirit berlaku hampir kepada semua pesakit yang menghidap selsema, tetapi gejalanya mungkin boleh berbeza dari seorang-ke seseorang yang lain.
Ada sesetengah pesakit yang mempunyai gejala yang ringan, ada yang pertengahan dan ada sebilangan kecil, kurang dari 10 peratus menunjukkan gejala yang merbahaya termasuk jangkitan paru-paru pneumonia.Walaubagaimanapun, kajian penting dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan beberapa minggu lepas menunjukkan hampir 95% daripada semua Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) atau Influenza Like Illness adalah disebabkan oleh virus H1N1. (wow! saya pun terkejut!!)Awal beberapa bulan yang lalu, selsema bermusim adalah disebabkan oleh virus jenis B dan jenis A yang lain, tetapi kini virus yang menyebabkan penyakit ialah dari jenis A (H1N1). Perkara yang sama juga berlaku di negara jiran, yang membawa maksud bahawa virus baru ini membawa masalah dan menyebabkan penyakit bergejala daripada jenis virus-virus yang sebelum ini.Disebabkan oleh Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) ini disebabkan oleh H1N1, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan bahawa tidak perlu lagi ujian makmal diadakan untuk mengesahkan kehadiran H1N1 ini. (Dengar cerita bajet KKM dah makin sikit!)Kita rawat seolah-olah ia adalah PMI disebankan oleh H1N1. Sekiranya gejalanya ringan, maka kita beri rawatan melegakan masalah (ubat demam paracetamol, hidrasi, ubat batuk dll) dan kuarantin diri, menjarakkan hubungan dan lebih berhati-hati dengan sebarang komplikasi.Kebanyakan penghidap H1N1 (70%) tidak memerlukan ubat anti virus seperti Tamiflu atau Relenza. Cuma kes-kes yang teruk sahaja perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

2) Bagaimana doktor membuat keputusan samada seseorang itu patut menerima rawatan khusus untuk H1N1
Selepas 2-3 hari, demam dan batuk tidak berkurang, sila buat rawatan semula, terutama sekiranya terdapat kesukaran bernafas, lemah badan dan pening, atau faktor risiko seperti di bawah:-1. Obesiti (Kegemukan dilihat mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi)2. Diabetes, sakit jantung3. Asthma, Penyakit paru-paru kronik4. Wanita mengandung5. Immuniti yang rendah, pesakit kanser,6. Mereka yang sudah mempunyai masalah jangkitan paru-paru (pneumonia)

3) Ramai pesakit yang terlalu bimbang kerana mempunyai jangkitan selsema PMI mahu diuji atau dirawat untuk H1N1 di hospital, tetapi disuruh pulang sahaja atau dibiarkan menunggu dan akhirnya tidak diuji. Adakah amalan ini betul?
Tidak ada yang betul atau yang salah tentang amalan ini, kerana wabak ini merebak terlalu meluas dan menyebabkan kita kekurangan sumber. Kes ini bukan hanya di Malaysia sahaja tetapi di semua tempat di seluruh dunia!Saranan sekarang ialah untuk tidak menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga untuk menjalani ujian di hospital dan klinik. Kemungkinan besar ia sesuatu yang tidak perlu. Saya diberitahu seramai 1000 orang pesakit beratur dengan penuh rasa bimbang di Hospital sungai Buloh untuk menjalani ujian, kerana takut dengan H1N1.Oleh itu mesej yang disampaikan perlu jelas. Kebanyakan penyakit selsema tidak perlu ujian pengesahan, ringan dan boleh pulih sendiri. 90 peratus akan pulih secara sendiri hanya dengan rawatan mengurangkan simptom, cuma hati hati dengan kemungkinan komplikasi yang emungkin timbul dan faktor risiko yang diterangkan tadi.Sumber kita sangat terhad terutamanya untuk ujian pengesahan. Masalah ini bukan sahaja di Malaysia tetapisecara global. Permintaan terlalu tinggi di seluruh dunia untuk kit ujian dan bahan reagent kimia untuk H1N1 (Polymerase Chain Reaction) telah melebihi pengeluarannya disebabkan oleh masalah ini.Sehingga 200 juta kit ujian telah dibahagi-bahagikan ke seluruh dunia tetapi bekalannya sangat kritikal kerana permintaan yang sangat tinggi. Oleh itu, setiap negara perlu mengamalkan kaedah catuan untuk menjalani ujian secara terpilih sahaja kepada pesakit yang betul-betul memerlukan agar pengawasan situasi pandemik dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

4) Adakah doktor keliru apa yang perlu dibuat pada waktu merebaknya wabak ini, terutamanya apabila mereka tidak mempunyai kebenaran untuk menjalani ujian makmal bagi pengesahan apabila diperlukan?
Tidak sebenarnya. Pada awalnya wujud kekeliruan apa yang perlu dibuat seterusnya, siapa yang perlu menjalani ujian, siapa yang perlu dirujuk dan siapa yang perlu dimasukkan ke dalam wad. (Betul! Saya ada masalah ini sekarang!)Tetapi sekarang peraturan telah jelas.Tidak ada keperluan untuk menjalani ujian pengesahan H1N1 atau apa apa virus pun yang menyebabkan selsema. Kita jangkakan sahaja ia adalah H1N1 kerana ia adalah majoriti daripada kes. Rawat simptom sekiranya ringan, beri kefahaman dan keyakinan kepada pesakit bahawa pesakit yang terkena perlu menjaga kebersihan diri, menjalani kuarantin, menjarakkan hubungan, pakai topeng muka bila mereka batuk atau bersin dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan penyakit.Sekiranya ada sesak nafas dan badan menjadi terlalu lemah, sila ke hospital terus untuk dimasukkan ke wad. Memang dimaklumi bahawa, fasa merbahaya ini tidak selalunya jelas dan difahami oleh semua orang. Tetapi tidak apa lagi yang kita mampu buat - jika tidak kita akan masukkan terlalu ramai pesakit ke dalam wad dan ini boleh menjejaskan perkidmatan kesihatan kita.Pemerhatian yang lebih ketat dapat membantu yang mana satu pesakit yang betul-betul memerlukan mendapat rawatan yang lebih intensif. Walaubagaimanapun, pasti terdapat kes-kes yang tertentu dimana pesakit semakin teruk tanpa dijangka, dan meninggal dunia sebelum apa-apa boleh dilakukan. Diharapkan ia akan menjadi kes yang terpencil.Ingatan yang penting ialah semua doktor dan jururawat juga mengetahui bahawa mereka juga perlu berhati-hati dan mengamalkan cara-cara untuk menghalang diri daripada dijangkiti. Masalah ini boleh berlanjutan sehingga satu ke dua tahun. Sekiranya cuai mereka juga boleh terkena jangkitan!

5) Adakah garis panduan dari Kementerian Kesihatan lengkap untuk menangani masalah ini?
Saya fikir, garis panduan dari KKM telah lengkap. Walaupun ada ahli politik yang menyalahkan KKM dan menterinya kerana tidak cekap untuk mengendalikan pandemik ini, tetapi sebenarnya ini tidak tepat.Kita perlu ingat bahawa ini adalah virus yang baru dan tidak pernah dihadapi sebelum ini. Jangkitannya dan cara perebakannya adalah sangat pantas dan hampir semua orang tidak immun terhadap virus ini.Kemungkinan, suatu hari nanti, semua sumber dari kerajaan dan sektor swasta boleh digemblengkan untuk disalurkan ke arah yang lebih efisyen. Masalah logistik boleh berlaku kerana manusia adalah berbeza dari segi kapasitinya untuk memahami sesuatu masalah dan mengikut arahan-arahan yang diberikan daripada pelbagai pihak.Adakalanya permintaan daripada pesakit adalah luar biasa dan kadang-kadang tidak terikut. Setiap pesakit merasakan bahawa penyakitnya adalah lebih bahaya dan memerlukan lebih penjagaan dan analisa.Doktor juga berada di dalam tahap tidak pasti tentang keseriusan atau tahap bahaya penyakit baru ini - kita cuma baru cuba memahaminya dengan lebih baik sekarang. Oleh itu tahap keyakinan dan penerangan yang diberikan oleh doktor kepada pesakit tidak begitu meyakinkan bagi pesakit terutama kepada pesakit atau saudara mara yang terlalu bimbang.Tidak ada banyak yang doktor boleh lakukan di dalam keadaan terdesak seperti ini terutama dengan cepatnya merebaknya penyakit ini seolah-olah merebaknya api ganas di dalam hutan. Apapun, kita jangan panik. Ingatlah bahawa 90% daripada pesakit yang terkena akan pulih dan mengalami kesan yang ringan. Kemungkinan hanya 10% sahaja yang dijangka akan mengalami masalah dan dimasukkan ke wad.

6) Adakah adil untuk menghadkan ujian pengesahan H1N1 hanya kepada pesakit yang dimasukkan ke hospital?Saya sudah terangkan bahawa keadaan kekurangan kit dan alat reagent untuk menjalankan ujian pengesahan. Lagipun ujian ini tidak boleh dilakukan kepada semua orang di seluruh dunia. Apatah lagi kita mengetahui bahawa hampir semua penyakit jangkitan selsema, batuk dan gejala flu sekarang disebabkan oleh H1N1.Rasional kita menjalankan ujian pengesahan kepada pesakit dalam wad ialah supaya kita dapat menghadapi musuh yang jelas, mengasingkan pesakit yang mempunyai virus yang bermutasi. KKM juga sedang membuat kajian secara rawak di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih tepat jenis-jenis virus yang merebak sekarang.

7) Adakah kita kekurangan ubat anti-virus (Tamiflu, Relenza)? Bolehkah saya makan Tamiflu?Ubat antivirus ini didapati di kebanyakan klinik dan hospital ketika penularan wabak selsema burung (avian flu) tetapi sekarang sangat-sangat terhad. Kita kena ingat ubat ini juga dipesan oleh 167 negara di seluruh dunia.KKM telah menyimpan di dalam stok 2,000,000 dos tamiflu dan ubat generiknya. Di dalam mesyuarat pandemik antara menteri yang lepas, Malaysia akan meningkatkan simpanan tamiflu kepada 5.5 juta dos iaitu meliputi 20 peratus populasi rakyat.Buat masa ini, negara tidak mengalami kekurangan tamiflu. Ia cuma belum diedarkan secara umum lagi. KKM perlu memantau pemberian ubat ini dengan lebih ketat.Sektor swasta pula berlainan pendapat dan mahukan ia diedarkan dengan lebih terbuka kepada umum dan kawalan dapat dikurangkan. Tetapi kita maklumi bahawa terdapat ketakutan yang mempunyai dasar, iaitu apabila berlaku rintangan (resistant) oleh virus ini. Cuba bayangkan virus H1N1 yang tidak lagi lut kepada apa-apa ubat antivirus. Tidak ada apa-apa lagi yang boleh menghalang kita dibunuh oleh virus ini!Jenis virus rintangan ubat (drug resistant virus) yang kebal ini telah dikesan di Mexico, sempadan US, Vietnam, Britain dan Australia. Oleh itu kita perlu lebih cakna dan menilai keadaan semasa dengan lebih bijaksana.Walaubagaimanapun, oleh kerana terdapat situasi di mana orang yang sihat pada asalnya tiba-tiba berubah menjadi kritikal atau meninggal dunia, maka para doktor tidak menolak kemungkinan bahawa virus jenis yang lebih garang ini sudah sampai ke tanahair kita. Atau mungkinkah kita yang lambat untuk memberi rawatan yang sepatutnya.Tol kematian ke angka 14 (yang saya tahu 15 orang - seorang belum diumumkan) semakin membimbangkan. Pihak KKM sedang melihat perkara ini dan membuat kajian samada virus bermutasi ini sedang merebak. Kita berharap ia belum lagi berlaku.

8) Apakah masalah yang dihadapi doktor di dalam menghadapi H1N1?Ia sangat berguna apabila doktor memberikan perhatian yang lebih kepada informasi tentang H1N1, mengetahui perubahan dan pembaharuan informasi setiap hari. Ini boleh membantu pesakit kita.Melayari internet setiap hari untuk mengetahui informasi terkini boleh membantu. Daripada asyik merungut tentang kekurangan data dan maklumat di dalam arus perdana, para doktor perlu bersikap proaktif dan bertanggungjawab di atas masalah ini yang mungkin berlarutan sehingga ke satu atau dua tahun lagi.Yang lebih penting, tumpukan perhatian yang lebih terhadap jangkitan paru-paru, faktor risiko dan rujuk secepat mungkin untuk penjagaan yang lebih rapi.Kemudahan antivirus yang lebih mudah, penggunaannya yang bertanggungjawab, dan pemerhatian yang serius dapat mengurangkan keresahan dan kebimbangan orang ramai terhadap kelewatan menerima rawatan. Menggunakan antivirus secara tidak terkawal atau untuk mengelakkan jangkitan adalah cara yang salah dan menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk.Walaupun begitu, merujuk kepada kes-kes di mana pesakit yang muda tiba-tiba meninggal dunia, maka penggunaan antivirus ini perlu digunakan lebih awal dan lebih aggressif.Kita mengalu-alukan kehadiran Vaksin H1N1 spesifik dijangka pada akhir tahun. Buat masa ini, kepada petugas di barisan hadapan, pesakit jantung dan paru-paru dan pengembara yang sering ke luar negara dapat mengambil vaksin untuk flu bermusim yang boleh membantu mengurangkan masalah flu dari jenis lain.

9) Adakah kita sudah melaksanakan apa yang patut dan perlu dibuat?Ya, apabila kita mellihat apa negara lain buat, kita secara relatifnya agak baik. Kita tidak telalu menakut-nakutkan orang ramai tentang bahaya penyakit ini dan dalam masa yang sama kita adalah telus di dalam menyatakan kemungkinan bahawa penyakit ini semakin merebak.Pada awalnya, terdapat agensi, orang ramai dan doktor menuduh kami terlalu membesar-besarkan pandemik ini. Dan maklum balas kami dianggap terlalu melampau. Terlalu membesar-besarkan! Hanya apabila ada pesakit yang mati, maka apa yang kita buat sekarang pula dianggap terlalu sedikit!Jika kita ikhlas memikir tentangnya, cuba bandingkan dengan negara lain, dan kita dapati bahawa tidak ada satu pun kerajaan di negara lain yang berjaya menangani masalah ini secara tepat.Kita sedang mempelajari penyakit pandemik flu ini, dan maklumbalas setiap egara adalah berdasarkan pengalaman mereka yang lalu. Di Hong Kong, China, Vietnam, Singapore dan Malaysia, kita pernah mendapat penularan SARS, oleh itu kita lebih paranoid!Dan pengalaman kita juga, tidak ada flu yang menyebabkan kematian sebelum ini, tak seperti di barat dimana flu bermusim membunuh beratus malah beribu orang setiap tahun! Oleh itu, ketakutan kepada H1N1 tidaklah setanding di barat. Walaupun sekarang ia semakin digeruni, apatah lagi kemungkinan ia akan bertukar kepada virus yang lebih garang menyebabkan ombak kedua atau ketiga pandemik ini, kita tidak akan tahu sehingga setahun dua tahun lagi.

10) Adakah orang ramai secara umum sudah cukup membantu untuk mengawal penularan ini?Saya fikir orang ramai sudah cukup diberitahu tentang H1N1 pandemik ini. Malah mereka mungkin terlalu tahu sehingga mereka menjadi terlalu takut. Yang lebih penting, jangan panik dan berlebih-lebih.Sudah pasti bahawa H1N1 akan merebak ke sekolah, universiti, akademi, kilang, pejabat, tempat kerja dll. WHO menganggarkan hampir 20-30 peratus populasi dunia akan dijangkiti penyakit ini setelah mengkaji model jangkitan penyakit-penyakit yang lalu. Cra jangkita utama dan yang paling pantas ialah melalui jalan udara.Dimana flu-flu yang terdahulu mengambil masa 6 BULAN untuk merebak ke sekian banyak negara, H1N1 "berjaya" menular ke bilangan negara yang sama dalam masa 6 MINGGU!Jika senario yang paling teruk berlaku, wabak ini dijangka akan menyebabkan kemasukan hospital sebanyak 100,000 orang sehingga ke 500,000 orang, dan kemungkinan melibatkan 5,000-27,000 orang akan meninggal dunia!Oleh kerana kita telah memerhatikannya dengan rapat dan mengawal daripada merebak sehingga kini, keprihatinan dan tanggungjawab sosial yang tinggi daripada orang ramai, ia mungkin boleh mengawal jangkitan dan kes kematian ke tahap terkawal.Bagaimana orang ramai boleh membantu? Pertama belajar dan laksanakan kebersihan diri yang baik. Sekiranya sakit, pastikan anda duduk di rumah, aau paling baik duduk di dalam bilik. Pakai topeng muka (topeng 3-ply pun dah cukup). Jangan keluar, jarakkan diri anda dengan orang lain lebih kurang 3 meter. Jangan keluar dan menyebarkan virus.Bagi orang muda, ia adalah sesuatu yang sukar. Itu sebabnya virus ini merebak dengan cepat bagi golongan umur 16-25 tahun.Bila penyakit ini tidak kurang selama beberapa hari, atau semakin teruk, pergi ke hospital yang berdekatan. Yang lebih penting, sentiasa berhati-hati dalan amalkan sikap bertanggungjawab.Akhirnya, ambil tahu tentang berita terkini kerana informasi tentang penyakit ini sentiasa diperbaharui..Vaksinasi H1N1 secara besar-besaran akan tiba dan masalah ini kita akan dapat atasi juga. Sementara itu, ia akan mengambil masa, tenaga, kesabaran, penggemblengan tenaga daripada pihak yang berwajib dan juga orang ramai dan menggunakan sumber kewangan yang banyak.
Dr David KL Quek ialah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).Terjemahan oleh Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk www.drazwan.blogspot.com

Rabu, 22 Julai 2009

israk mikraj

Bulan Rejab adalah bulan Israk Mikraj. Ia merupakan bulan Masjidil Aqsa dan Palestin di bumi Syam, kerana tempat dan negeri yang berkat ini menjadi pilihan Allah swt sebagai tapak pelancaran kenderaan Buraq yang membawa Rasulullah saw ke langit Sidratul Muntaha pada malam 27 Rejab 620M.
“Maha Suci Tuhan yang telah mengIsrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).
Bumi ini pernah didiami oleh ramai para Rasul termasuk Nabi Ibrahim as, Nabi Ishak as, Nabi Yaakub as, Nabi Yusof as, Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as, Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as, Nabi Syuaib as, Nabi Musa as, Nabi Harun as dan Nabi Isa as. Semua mereka membawa aqidah Islam yang sahih lalu didustakan oleh kaum mereka.
Di sini tempat bermulanya ajaran sesat Kristian dan Yahudi serta tempat mereka mengerjakan haji di beberapa lokaliti pada hari ini. Di sini tempat tuju Tentera Salib dalam kurun ke-11 dan 12, melalui kempen perang suci mereka terhadap umat Islam. Di sini mereka ditewaskan oleh Solahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1188M di Ain Jalut. Di sini mereka datang semula apabila British dan Perancis berpakat bersama menjajah Syam (Lubnan, Syria, Jordan dan Palestin) pada tahun 1917M. Di sini pada tahun 1947M, British menyerahkan bumi Palestin yang sedang dijajahnya untuk diratah kejam oleh Yahudi hingga ke saat ini. Atas nama persidangan PBB, negara-negara Barat dan sekutunya mengundi dan memenangi majoriti untuk kelahiran sebuah negara baru bernama “Israel” pada tahun 1948M.
Demi untuk menjamin keselamatan Israel dan mengukuhkan cengkaman ke atas negara-negara Arab, Amerika membelanjakan berbillion dollar dalam kempen menjajah Iraq. Penguasaan lobi AIPAC (Badan Lobi Israel di Amerika) oleh anggota-anggotanya yang berpengaruh mencengkam Amerika dalam ekonomi, media dan kempen politik, teknologi maklumat, ketenteraan dan sebagainya sudah cukup kuat memaksa sesiapa sahaja calon Presiden Amerika untuk menyatakan walak (kesetiaan) kepada Israel, jika calon tersebut bercita-cita untuk menang dan merasa tinggal di Rumah Putih, kediaman Presiden.
Calon Republikan, McCain berkempen dan berkata Amerika bersedia untuk terus menjajah Iraq 100 tahun lagi. Calon Demokrat, Barrack Obama sebaik sahaja mengalahkan Hillary Clinton untuk menjadi calon Demokrat menentang McCain, ketika dijemput berucap dalam sidang AIPAC berkata, “Jerusalem yang bersatu, akan terus menjadi ibu negara Israel”. Ketika ini bandar Jerusalem terbahagi dua, Jerusalem Barat milik Yahudi dan Jerusalem Timur majoritinya Islam tetapi kini dalam proses pengyahudian dengan pemusnahan banyak kampung Islam dan pembinaan taman perumahan Yahudi.
“Mereka merancang, Allah (juga) merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang” (Surah Al-Anfaal). Lama sebelum British dan Yahudi menjajah Palestin, Allah swt mengIsrakkan hambaNya pada malam 27 Rejab 620M, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Rasulullah saw mengimami rasul-rasul dalam solat di Masjidil Aqsa, kemudian diMikrajkan ke langit. Nabi saw menolak arak dan memilih susu.
Ini memberi isyarat kepada semua umat di dunia hari ini dan akan datang termasuk musuh-musuh Allah dan umat Islam bahawa jika rasul-rasul yang memimpin mereka sendiri sebelum ini telah menjadi makmum di belakang Nabi Muhammad saw, kamu juga suatu hari nanti akan menjadi makmum, dipimpin dan dibimbing oleh umat Nabi Muhammad saw di akhir zaman nanti biar hebat mana kekuatan tentera dan teknologi kamu dan biar seangkuh mana sikap kamu terhadap umat Islam. Umat Islam yang hidup dengan ajaran fitrah seperti susu, suatu hari nanti akan mengalahkan, memimpin dan membimbing kamu wahai umat yang tenggelam dengan arak, ibu segala maksiat.
Sabda Rasulullah saw, “Tidak tiba Hari Kiamat sehinggalah orang Islam memerangi Yahudi dan orang Yahudi bersembunyi di belakang pokok dan batu. Lalu berkatalah pokok dan batu, ‘Wahai orang Islam, wahai hamba Allah, sesungguhnya di belakangku ini ada orang Yahudi (bersembunyi). Marilah sini dan bunuhlah dia. (Semua jenis pokok dan batu berkata demikian) melainkan Al-Gharqad, kerana ia adalah pokok Yahudi” (Hadis).
Sabda Rasulullah saw, “Akan terus menerus satu golongan dari umatku terang-terangan di atas kebenaran. Orang-orang yang jahat tidak dapat memudharatkan mereka sehingga datang ketentuan dari Allah, sedang mereka masih dalam prestasi sedemikian. Para Sahabat ra bertanya, “Di manakah mereka ya Rasulullah?” Rasulullah saw menjawab, “Di Jerusalem dan di sekitar Jerusalem” (Hadis).
Kemenangan umat Islam di bumi Israk Mikraj, Palestin mengalahkan Yahudi yang menjajah dan Kristian yang mendokong mereka adalah pasti dan dijanjikan oleh Allah swt dan RasulNya. Syaratnya ialah umat Islam kembali menghayati Islam dan mencapai semula taraf “hamba Allah” seperti dalam hadis di atas “…Wahai orang Islam, wahai hamba Allah…” yang diiktiraf bukan sahaja manusia yang lain tetapi diiktiraf pokok dan batu.
Sebaliknya jika ramai umat hari ini dan kerajaan di negara mereka belum mencapai taraf “hamba Allah”, hanya sekadar “hamba nafsu”, “hamba kerusi”, “hamba duit dan harta”, “hamba iblis dan godaannya” dan apa sahaja hamba kepada selain Allah, maka tiada gunanya slogan dan persidangan isu Palestin di hotel dan dewan yang mewah, oleh mereka yang memiliki pangkat dan gelaran yang kosong, kertas dan ucapan yang tidak membawa kepada amal yang serius. Jika sikap dan keadaan ini berterusan, Allah akan menggantikan mereka dengan kaum yang lain yang tidak seperti mereka. “Sekiranya kamu berpaling, Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain. Kemudian mereka tidak seperti (perangai dan prestasi) kamu” (Surah Muhammad:38).
Sekian.
Dari: Ustaz Abd Halim Abdullah
ISMA

Israk Mikraj: Pembebasan Al-Aqsa dijanji Allah

Bulan Rejab adalah bulan Israk Mikraj. Ia merupakan bulan Masjidil Aqsa dan Palestin di bumi Syam, kerana tempat dan negeri yang berkat ini menjadi pilihan Allah swt sebagai tapak pelancaran kenderaan Buraq yang membawa Rasulullah saw ke langit Sidratul Muntaha pada malam 27 Rejab 620M.
“Maha Suci Tuhan yang telah mengIsrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).
Bumi ini pernah didiami oleh ramai para Rasul termasuk Nabi Ibrahim as, Nabi Ishak as, Nabi Yaakub as, Nabi Yusof as, Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as, Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as, Nabi Syuaib as, Nabi Musa as, Nabi Harun as dan Nabi Isa as. Semua mereka membawa aqidah Islam yang sahih lalu didustakan oleh kaum mereka.
Di sini tempat bermulanya ajaran sesat Kristian dan Yahudi serta tempat mereka mengerjakan haji di beberapa lokaliti pada hari ini. Di sini tempat tuju Tentera Salib dalam kurun ke-11 dan 12, melalui kempen perang suci mereka terhadap umat Islam. Di sini mereka ditewaskan oleh Solahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1188M di Ain Jalut. Di sini mereka datang semula apabila British dan Perancis berpakat bersama menjajah Syam (Lubnan, Syria, Jordan dan Palestin) pada tahun 1917M. Di sini pada tahun 1947M, British menyerahkan bumi Palestin yang sedang dijajahnya untuk diratah kejam oleh Yahudi hingga ke saat ini. Atas nama persidangan PBB, negara-negara Barat dan sekutunya mengundi dan memenangi majoriti untuk kelahiran sebuah negara baru bernama “Israel” pada tahun 1948M.
Demi untuk menjamin keselamatan Israel dan mengukuhkan cengkaman ke atas negara-negara Arab, Amerika membelanjakan berbillion dollar dalam kempen menjajah Iraq. Penguasaan lobi AIPAC (Badan Lobi Israel di Amerika) oleh anggota-anggotanya yang berpengaruh mencengkam Amerika dalam ekonomi, media dan kempen politik, teknologi maklumat, ketenteraan dan sebagainya sudah cukup kuat memaksa sesiapa sahaja calon Presiden Amerika untuk menyatakan walak (kesetiaan) kepada Israel, jika calon tersebut bercita-cita untuk menang dan merasa tinggal di Rumah Putih, kediaman Presiden.
Calon Republikan, McCain berkempen dan berkata Amerika bersedia untuk terus menjajah Iraq 100 tahun lagi. Calon Demokrat, Barrack Obama sebaik sahaja mengalahkan Hillary Clinton untuk menjadi calon Demokrat menentang McCain, ketika dijemput berucap dalam sidang AIPAC berkata, “Jerusalem yang bersatu, akan terus menjadi ibu negara Israel”. Ketika ini bandar Jerusalem terbahagi dua, Jerusalem Barat milik Yahudi dan Jerusalem Timur majoritinya Islam tetapi kini dalam proses pengyahudian dengan pemusnahan banyak kampung Islam dan pembinaan taman perumahan Yahudi.
“Mereka merancang, Allah (juga) merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang” (Surah Al-Anfaal). Lama sebelum British dan Yahudi menjajah Palestin, Allah swt mengIsrakkan hambaNya pada malam 27 Rejab 620M, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Rasulullah saw mengimami rasul-rasul dalam solat di Masjidil Aqsa, kemudian diMikrajkan ke langit. Nabi saw menolak arak dan memilih susu.
Ini memberi isyarat kepada semua umat di dunia hari ini dan akan datang termasuk musuh-musuh Allah dan umat Islam bahawa jika rasul-rasul yang memimpin mereka sendiri sebelum ini telah menjadi makmum di belakang Nabi Muhammad saw, kamu juga suatu hari nanti akan menjadi makmum, dipimpin dan dibimbing oleh umat Nabi Muhammad saw di akhir zaman nanti biar hebat mana kekuatan tentera dan teknologi kamu dan biar seangkuh mana sikap kamu terhadap umat Islam. Umat Islam yang hidup dengan ajaran fitrah seperti susu, suatu hari nanti akan mengalahkan, memimpin dan membimbing kamu wahai umat yang tenggelam dengan arak, ibu segala maksiat.
Sabda Rasulullah saw, “Tidak tiba Hari Kiamat sehinggalah orang Islam memerangi Yahudi dan orang Yahudi bersembunyi di belakang pokok dan batu. Lalu berkatalah pokok dan batu, ‘Wahai orang Islam, wahai hamba Allah, sesungguhnya di belakangku ini ada orang Yahudi (bersembunyi). Marilah sini dan bunuhlah dia. (Semua jenis pokok dan batu berkata demikian) melainkan Al-Gharqad, kerana ia adalah pokok Yahudi” (Hadis).
Sabda Rasulullah saw, “Akan terus menerus satu golongan dari umatku terang-terangan di atas kebenaran. Orang-orang yang jahat tidak dapat memudharatkan mereka sehingga datang ketentuan dari Allah, sedang mereka masih dalam prestasi sedemikian. Para Sahabat ra bertanya, “Di manakah mereka ya Rasulullah?” Rasulullah saw menjawab, “Di Jerusalem dan di sekitar Jerusalem” (Hadis).
Kemenangan umat Islam di bumi Israk Mikraj, Palestin mengalahkan Yahudi yang menjajah dan Kristian yang mendokong mereka adalah pasti dan dijanjikan oleh Allah swt dan RasulNya. Syaratnya ialah umat Islam kembali menghayati Islam dan mencapai semula taraf “hamba Allah” seperti dalam hadis di atas “…Wahai orang Islam, wahai hamba Allah…” yang diiktiraf bukan sahaja manusia yang lain tetapi diiktiraf pokok dan batu.
Sebaliknya jika ramai umat hari ini dan kerajaan di negara mereka belum mencapai taraf “hamba Allah”, hanya sekadar “hamba nafsu”, “hamba kerusi”, “hamba duit dan harta”, “hamba iblis dan godaannya” dan apa sahaja hamba kepada selain Allah, maka tiada gunanya slogan dan persidangan isu Palestin di hotel dan dewan yang mewah, oleh mereka yang memiliki pangkat dan gelaran yang kosong, kertas dan ucapan yang tidak membawa kepada amal yang serius. Jika sikap dan keadaan ini berterusan, Allah akan menggantikan mereka dengan kaum yang lain yang tidak seperti mereka. “Sekiranya kamu berpaling, Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain. Kemudian mereka tidak seperti (perangai dan prestasi) kamu” (Surah Muhammad:38).
Sekian.

Isnin, 20 Julai 2009

Cara mendidik anak

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;
1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
Teknik mengajar anak MENGHORMATI dan mengeratkan hubungan ibu bapanya
1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.
2. Bapa DILARANG menengking/mengherd ik/bertengkar dengan ibu di hadapan anak2. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.
3. Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.
4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anakDisamping itu jangan lupa sentiasalah berdoa demi kesejahteraan dan kebahagiaan anak-anak..
di petik dari blog cikgumala
SEMOGA UWAIS JADI ANAK YG SOLEH.. HARAPAN UMI DAN ABAH.

Khamis, 11 Jun 2009

hari terakir

alhamdulillah selamat menjalankan kursus selama 2 minggu. Perancangan berubah saat akhir. Mulanya nak tinggal Uwais dengan abahnya di SI. tup2 abahnya terpaksa melalui 2 minggu ini dengan pelbagai aktiviti kerja. Antaranya terpaksa ke Sarawak bagi menggantikan kawan sepejabat yg baru kematian bapanya. Jadi, Uwais pun selamatlah bersamaku sepanjang dip ed.. ni seronok sebenarnya anak di sisi tak adalah aku risau sgt. Bolehlah aku menjalankan tanggungjawabku sebagai ibu seperti biasa. InsyaAllah esok kami akan balik ke Terengganu menghabiskan sisa cuti yang masih tinggal seminggu. Tapi, tak dapatlah sampai seminggu cuma 4 hari je memandangkan suamiku dapat cuti 2 hari sahaja. Alhamdulillah tu pun dah mencukupi. Bestnya, dah terbayang pelbagai masakan kegemaranku.. nasi dagang n keropok lekor. Di doakan perjalanan ini dalam redha-Nya.

Khamis, 21 Mei 2009

Last day for this sem

Hari ni adalah hari terakhir bekerja bagi pensyarah KPM SI.. Esok kami akan mula bercuti selama 4 minggu. Tetapi bagi saya dan kawan2 yang sedang mengikuti Dip Ed kami hanya bercuti 2 minggu sahaja. 2 minggu lg semasa cuti sekolah akan di isi dengan kelas Dip Ed. Beginilah rutin kami semasa cuti sekolah selagi belum selesai pengajian.. Belajar sambil bekerja ni agak mencabar fizikal dan mental. Terutama bagi mereka yang berumahtangga.. Dan juga yang sedang pregnant mcm saya ni.. hehehe! Nama je hari terakhir kerja tetapi yang terakhir kerja2 hakiki sebagai pensyarah.. memasukkan markah untuk pelajar2 dan grade keseluruhan. Tetapi, assignment Dip Ed yang belum disentuh lagi akan membawa saya untuk datang ke pejabat juga minggu depan.. aduhai! Satu keluhan ringan dilepaskan. bukan apa masa untuk anak telah ditarik kat situ..
Kesian kat Uwais asyik kena hantar ke pengasuh je.. Lama2 dah tak nak balik rumah nanti.. Uwais kena sabar ye.. Umi pun sabar juga ni.. I'Allah bila dah tamat Diploma ni rutin umi akan kembali normal.. Kesian lagi berganda kat Uwais ni dengan kerja baru abahnya yang menyebabkan dia asyik di tinggal malam. abah terpaksa pantau student ILK pada waktu malam dan menyiapkan tugasan2 hakikinya di pejabat. Sebagai Ketua yang baru umi faham peranan abah yang berat.. Tapi itulah kehidupan.. Uwais akan melalui semua benda ni nanti I'Allah.. Oklah semoga 2 S menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Sabar dan Solat... I'Allah

Rabu, 22 April 2009

Urine Test


Beberapa hari ni aku tak sihat sebenarnya. Sakit tekak, demam selsema dan rasa keletihan.. aku tak menjangkakan yang luar biasa dari situasi tersebut. Tapi, semalam telah merubah segala persepsi tersebut.. setelah ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi simptom2 ni aku juga meminta kepada doktor untuk mendapatkan peregnancy test memandangkan period aku dah lewat lebih seminggu.. sebenarnya ni kebiasaan aku lambat period.. di sini segalanya bermula.. aku tidak terus menjalani ujian tersebut sebab aku yakin akan period bulan ni.. so, bila dah nak mandi petang baru aku menggunakannya.. tanpa tidak ku duga tanda menunjukkan double line pada alat ujiaan kehamilan tu dan serentak aku menjerit.. "abang saya pregnant' hehehe lawak betul.. aku ikutkan perancangan nak pregnant bulan depan.. taapi tu la perancangan Allah mengatasi segalanya.. aku redha dan i.llah bersedia untuk mendapat cahaya mata baru ni.. Alhamdullillah rezki anak nampaknya suamiku baru mendapat kerja baru yang dekat dengan tempat kerjaku.. Maha Besar Allah yang telah menetukan segalanya.. I.Allah akan ku jaga amanah ini dengan baik.. Uwais bakal dapat adik.. x da la Uwais boring lagi keseorangan nanti.. Uwais jadi abang yang soleh ye.. Umi sayang Uwais ngan adik Uwais....

Rabu, 8 April 2009

Minggu yang sibuk

Bila duk tengok kembali blog ku ni rupa2nya di bulan april ni masih belum lagi menulis apa2. Betapa sibuknya dibulan ni.. Actually, selepas balik dari KPTM ari tu kami disajikan dengan pelabagai tugasan yang memerlukan komitmen yang tinggi. Sehingga hari ini masih ada kerja yang disenaraikan belum settle.. ini kelemahanku menguruskan masa yang Allah bagi sama rata bagi setiap insan..mengaku!
Semalam ada perlawanan persahabatan antara KPM dan UTP. Aku dilantik menjadi pengadil bagi permainan bola jaring. Tapi, agak kecewa sebenarnya dengan attitude pelajar sendiri berbanding pelajar UTP yang diketahui cemerlang dan beradab pula. Semasa perlawanan dijalankan ada penyokong dari kolejku sendiri memekik marah padaku konon x nampak kesalahan yang dibuat oleh pihak lawan.. masa tu pihak lawan sedang menghalang GS dari menjaringkan bola.. dikatanya pihak lawan menghalang dekat.. padahal sebenarnya jarak tu mengikut peraturan iaitu 3 kaki. Entahlah kadang2 bila main mcm ni skill diletakkan no.2 yang pertama adalah mcm mn kita mengawal emosi masa tu. Bila dapat mengawal emosi dengan baik barulah kita boleh menggunakan sepenuhnya skill yang kita ada.. aku dah mengalami benda ni semua masa zaman muda2 ni.. klu kita beremosi sangat klu kalah kita akan tertekan.. tapi, klu main dengan cool, kalah menang tolak tepi yang penting semangat kesukanan..
Hari ni pulak adalah pertandingan aku melawan student sendiri.. hehe kita tengok macam mana.. beremosi x aku masa ni.. ok maju sukan untuk kesihatan..

Rabu, 25 Mac 2009

http://www.shamsuddinkadir.com/v2009/2009/03/peserta-bengkel-usahawan-terbaik/

Dari lamanweb Shamsuddinkadir..
Alhamdulilah, pada Rabu 18 Mac 2009, SK telah menjayakan Bengkel Persediaan, Peluang dan Strategi Menjadi Usahwan di Kolej Polytech MARA, Bangi yang dihadiri oleh peserta seramai lebih kurang 80 orang. Secara puratanya peserta bengkel ini adalah individu yang hebat yang memiliki impian yang sangat-sangat bagus. Mereka memiliki keyakinan diri yang amat tinggi dan juga sangat perihatin dengan kesusahan yang dihadapi oleh orang yang miskin dan anak yatim. Mereka benar-benar ingin menjadi Usahawan yang berkredibiliti dan baik.
Walaupun masa yang amat terhad, peserta memberikan komitment yang terbaik. Terima kasih kepada Tuan dan Puan semua yang menjadi peserta yang datang dari seluruh Malaysia bagi mewakili kolej, institut dan organisasi di bawah MARA.
Di sini saya memetik beberapa kata-kata yang diberikan oleh para peserta bengkel tersebut.
“Saya akan menyertai lagi sekiranya kursus seperti ini dianjurkan kerana pengalaman pertama menghadiri kursus ini telah membuka minat saya ke arah perniagaan”
“Best… Membina semangat berniaga… Saya lebih yakin selepas ini dalam memajukan bisnes saya…Thanx Noor Azreena Ibrahim
“Nak mulakan buz, tidak perlu modal besar… Pada mulanya agak terkejut…tetapi bila mengikuti kursus ini, teori ini boleh diapplykan. Adeline Yasmine
“Best, Bersemangat, Bermesej” Noormanal
“Best, Sangat Bermanfaat, Berinfo yang berkesan” Syalila Mohd Arshad
“Masa yang diperuntukan tidak mencukupi” Nur Earlyana Ahmad
“Satu pendekatan baru yang mampu mengubah persepsi saya tentang dunia perniagaan” Puan NorulHuda Awang
“Program seperti ini amat bagus dan dapat memberi panduan kepada bakal usahawan” Norazura Misian
“Pengetahuan yang lebih terperinci dalam keusahawanan, Don’t judge yourself before we try it” Noorhayati Abdul Latif
“Berilmu, Bertenaga & Bermakna” - Muhammad Syukran Jamil, IKM Lumut
“Kursus ini sangat bagus bagi sesiapa yang mahu membina keyakinan untuk menjadi seorang usahawan” Norizwan Azlan, IKM Lumut
“Masa yang ringkas tetapi penuh dengan info-info baru. Banyak pengetahuan baru yang diperolehi” Wan Azmil
“Wajib diikuti oelh Bumiputra” IntanShahriza Ibrahim
“Kursus ini menarik dan berkesan serta bernas - Faizal, MRSM Gerik
“Berinformasi, unik & baru! I want more! Noor Asmida Mohd Saleh
“You are the best, We are the best” Mohd Haizom Ibrahim
Terlalu banyak lagi komen yang diberikan oleh peserta, jika sempat saya akan masukkan lagi di lain entri. Peserta bengkel ini adalah di antara yang terbaik pernah saya temui. Tahniah, tahniah, tahniah.



Terima kasih juga kepada Tuan Wan Hafizi yang bertugas di Kolej MARA Banting, seorang yang cukup peramah dan juga pengarah serta urusetia projek bengkel usahawan ini.
Saya ditemani oleh seorang dari mentor saya iaitu Tuan Hazali dari waizmalaysia.com yang banyak menyumbang dan membantu saya sepanjang program berjalan. Beliau umpama padi yang sedang membunting, semakin berisi semakin tunduk ke bumi.

Selasa, 24 Mac 2009

Cirit-birit



Semalam Uwais kena cirit birit.. siap demam lagi. Kesian pulak dia asyik mengadu sakit perut je.. makan je.. buang! Kemudian rengek2 nak tepuk. Sebenarnya Uwais ni klu demam dia aktif je x da la manja2... mungkin kerana sakit sangat perut tu yang dia manja2 je.. Aku pun amik E.l la semalam bg menjaga dia.. kebetulan anak2 kawan aku yang jaga Uwais pun cirit jugak. Sah la virus tu dari sana. Penyakit ni kan penghapus dosa.. so, bila ank yang sakit umminya la yang terkena tempiasnya.. jaga anak ni ibadah klu kita dapat buat dengan sabar dan ikhlas kerana Allah.. Tapi, klu kita merungut tu yang menghilangkan pahala.. Pagi ni pulak teman sebilik kat ofis ni Faizah terkena chicken pox.. dapat m.c sampai seminggu. Takut berjangkit ngan yang lain.. Didoakan Faiz sabar dan tabah menghadapi dugaan sakit ni.. I'Allah dipermudahkan segala urusan Faiz.


Klu bercakap pasal sakit ni banyak benda ble dikaitkan.. antaranya kesakitan ble menghapuskan dosa.. kenapa? Yela bila kita sakit pastinya kita meminta pertolongan darpada Dia yang menciptakan penyakit kan? So, maka hubungan dengan Dia yang sebelum ni x kuat bila sakit datang bertambah kuat... harapnya begitulah. Sakit juga menghapuskan dosa antara sesama manusia.. bila ada orang datang melawat sambil berdoa untuk kesihatan kita dan disusuli salam kemaafan tu dah menghapuskan dosa kita dengan orang.. I'allah.


Dan satu lagi kita kena ingat yang setiap penyakit itu ada ubatnya.. kecuali sakit mati.. so, peringatan yang sentiasa kita dengar "ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara".. dan antara lima perkara itu adalah "sihat sebelum sakit". Semasa sakit la kita baru sedar nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada kita...


Ok itu saje untuk hari ni semoga hari ini lebih baik dari semalam...


Ahad, 22 Mac 2009

KPTM Bangi

Selama seminggu kami berkampung di Kajang Selangor bagi menjayakan kursus dip-ed bagi program sains sukan. Pelbagai aktiviti dijalan kan sepanjang minggu tersebut.. Gambar belum sampai untuk di kongsi bersama.. I'allah sebaik gambar sampai saya akan kongsi di sini.. sebagai kenang-kenangan dan perkongsian pengalaman.

Selasa, 10 Mac 2009

Doa di tempat baru

"Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."
Biasakan lah diri kita dengan doa.. I'allah hidup bertambah berkat dan diberkati.. amin!

HARI KELUARGA KPM 2008














Dekat jeti Pangkor sblm bertolak sempat posing



Atas kanan: Mengutip gula2 dengan bersemangatnya
Atas kiri: Tarik tali. Pacak jangan x pacak.











Atas: Uwais sedang dibalut
Bawah: Mandi kolam.. Uwais ni takut air orangnya

Event ni dah berlalu lama tapi masih relevan lagi la klu aku nak kongsi kat sini.. Berlangsung di Pangkor Laut Resort, Pulau Pangkor di bulan Oktober 2008. Malam sebelum tu berlangsung hari kualiti mara... ramai la yang berkelayakan menyandang anugerah masing2. aku pulak jadi penonton je la.. lgpun tu bukan tujuan aku di sini.. klu ada, adala.. klu xda biarlah segalanya dinilaikan sebagai pahala dalam melakukan kerjaku ni sebagai ibadah padaNya. Penilaian manusia lain x sama dengan penilaian Allah yang keadilanNya tak berbelah bagi... Ok berbalik kepada Hari Keluarga ni keesokkannya berlangsung acara sukaneka. Aku ngan husban join main lemparan sayang yang menyebabkan habis tudung ku terkena telur.. hehe baunya!!! Selain tu aku main tarik tali yang berjaya mengalahkan satu group lg.. Yang bestnya anak tersayang Uwais main balut mumia dia yang dibalut.. bestnya Uwais x bergerak langsung semasa dibalut.. hisy2 dengar kata plak budak kecik ni.. bla dah penat amin kami mensantaikan diri di kolam mandi plak.. time paling penat bla nak balik.. mak aiii ngn hamper n hadiah pastu baju2 busuk buat malas je.. dalam fferi apa lagi tdo la.. yang kesiannya bla dah sampai jeti n punggah barang ke kereta husban la drive sorang2 kami dua beranak lena da... Harap2 tahun ni punya Family Day lagi meriah:)

Isnin, 9 Februari 2009

Walimahku.. Satu Detik Manis Berpanjangan













Ni lah foto yang tinggal yang lain dah di kebas orang dan yg berbentuk digital dah di delete... sayang! tapi tu la bila kita sayang sesuatu macam ni la pulak kejadiannya. Redha! So, sebagai menghargai detik manis yg tak mungkin berulang lagi ni aku abadikan dalam blog ni.. moga suatu hari nanti jadi sumber rujukan anak dan cucu..






(Aku terima nikahnya Norulhuda Awang dengan emas kahwinnya seperti tersebut?)
Ni pulak sebahagian foto yang tinggal semasa honey moon di Cameron Highland 1&2 Januari 2006. Foto yang lain seme dah di remove dr kamera.. ("Abang ingat lah waktu cinta baru bersemi di sini.. takkan lupa sampai bila2.. "(time marah2 ingat lah memori kita yg manis2 ni ye...)


















Rabu, 4 Februari 2009

Teknik Terengganu




(Mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring di Sek. Men. Teknik Tanah Merah)
Sepanjang hidup aku zaman persekolahan adalah zaman yang paling mencabar dan paling menyeronokkan. Di sini segalanya bermula, erti persahabatan dan erti kehidupan. Berjauhan dengan keluarga bukan menjadi hal lg sebabnya masa form 1-3 dah tinggal di asrama. cuma bezanya asrama tu dekat la dengan rumah.


(Warga 5KP2 1996-1998)


Sesekali terimbas memori dulu memang boleh senyum sendiri. Gelagat masa tu macam2. Seme nak cuba jadi hero hehehe. Aku tak de la jadi heroin pun setakat pelakon tambahan tapi, tanpa pelakon tambahan ni banyak slot2 lain x menjadi tau. Masa ni akal pun x panjang lg.. tapi aku dah ada matlamat la nak ke menara gading. So, pa2 hal dlm tindakan aku adalah berorientasikan menara gading. Aku ni ketegori berbeza ngn yg lain jugak la, aku nak berjaya tapi aku x suka orang tgk aku pulun belajar. So, cara aku, aku akan studi awal pagi masa org lain sedang melayan mimpi indah.. ada adik dorm aku Nur azlina yang sudi menemani aku waktu tu.. tepat jam 4 pagi kami akan bangun n mandi then studi.. tulah rutin harian kami. Sampaikan satu hari terserempak dengan orang luar yg cuba menyelinap masuk ke dalam asrama(penceroboh). Time ni memang kecut la.

Tapi, oleh kerana keazamanku untuk dapat gred yg bagus ni bkn penghalang.. kami teruskan jua. Kawan2 ku yang lain jenis suka studi lewat malam.. alhamdulillah berkat usaha dan doa aku dan kawan2 adalah pelajar terbaik SPM 1998.. Alhamdulillah...ni adalah hadiah istimewa untuk ibuku berkat doa dan sokongan kewangan darinya.. klu x aku x ke mana pn.(sedar diri)


(Berkayak sepanjang Sungai Marang)

(Mewakili persatuan Taekwon-Do berkayak di Kem Bukit Kolam Kuala Berang)

Selasa, 3 Februari 2009

Kawan lama yang sentiasa baru di ingatan

Bersama Ena(sekarang mengajar di Kemaman) dan Zafir(mengajar di Sibu, Sarawak) di KMKN 1999/2000
(Ena punya kamera, dia ni suka bergambar)

Bersama dari kiri Noruiza Hana, Suriani, Rohayu dan aku
Di Sek. Men. Teknik Terengganu Jln Lapangan Terbang 1996-1998


Student Dip Ed MARA Kohort ke-2 UPSI


ni la kengkawan Dip Ed 2008/2009.. kita jumpa lg bln 3 ni ye!

Rabu, 21 Januari 2009

REWARDS


Aku berpuasa ari ni.. dah lama x buat puasa sunat ni.. bila org tanya segan je nak jawab puasa sunat. ye la zaman la ni bila wat baik dh nampak janggal.. bila buat benda jahat senang org nk terima.. so, aku pun dah terpengaruh da... jawapan aku( saje puasa. Selalu je makan puasa la pulak. Nak kurangkan berat badan) Nape susah je nak jawab saya puasa kerana Allah.. padahal tu lah hakikat sebenarnya.

Ok berbalik pada topik reward ku ni, so, bila aku dah berpuasa biasanya aku akan teringin makan pelik2 sikit. bukan pelik macam mana lain dari kebiasaan laa... so ari ni aku teringin nak makan ketupat sotong.. semalam dah beli sotong kat pasar malam. siap ada telur lagi.. emmm menyelerakan je time mcm ni.. ni la reward aku pada sendiri bila aku puasa..

sebenarnya ini jugalah kenikmatan yang dijanjikan Allah apabila kita berpuasa. Pertama kenikmatan waktu berbuka dan kedua kenikmatan waktu bertemu dengan-Nya nanti di sana... so aku harap ketupat sotong aku sedap.. hehheh.. sebab esok nak bawa ke ofis. Bagi sedekah di pagi jumaat..

Isnin, 19 Januari 2009

Menarik..


Permandangan Sungai Perak.. Di Kuala Kangsar

Rabu, 14 Januari 2009

Pengajian

Esok, Jumaat pengajianku ku di Kuala Kangsar.. Alhamdulillah ni kali ke - 2 di Kuala kangsar.. x sempat nak snap gambar menarik kat situ ari tu.. rumah kak Faridah yang kami pegi ni mmg dekat dengan Masjid Ubudiah dan kat depan sebelum masuk tmn perumahan dia ni ada satu rumah rehat ala Inggeris.. Kuala Kangsar ni sebenarnya bnyk menyimpan nostalgiaku masa zaman studi dulu.. aku pernah join program anjuran PERKIM yg diadakan di Resort Sg. Perak. kebetulan masa program yg kami adakan tu kumpulan Senario buat pengambaran Filem Lang Buana.. Sebenarnya kump senario pelik tengok kami, ye la x mintak pun autograph diorang.. hehehe. depa pulak duk tegur2 kami.. hai dik.. kawan saya Wahida sempat buat lawak.. Hai Wahid saya Wahida..antara kami je la... Tu seme tinggal kenangan yg amat manis dalam hidup aku... masa tu seme bujang2.. k.hasra, ejah, hajar, lah, n ramai lagi la.. Memori akn kekal memori hidup mesti diteruskan.. moga perjalanan aku yang panjang ni lebih mengajar aku erti perhambaan pada yang Mencipta.. rabbul izzati..

Isnin, 12 Januari 2009

Time to Teach

(inilah tempat ku mengajar)

Bermula semula kehidupanku sebagai seorang guru.. apa lagi mengajar la.. ble la ku guna sedikit ilmu pendidikan yg ku timba semasa dip ed ari tu... alhamdulillah mengajar adalah satu ibadah.. harap2 dapat pahala la ye! so, azam thn ni nk lebih bertanggungjawab dalam menjalankan kelas. sebenarnya aku lebih berorientasikan matlamat jangka panjang iaitu dakwah fardiah.. moga dipermudahkanNya.. AMIN..

Ahad, 4 Januari 2009

Dip Ed


alhamdulillah... selamat kami menjalani dip ed selama 6 minggu.. wooh penat giler! sbnrnya bukan pglmn belajr tu yang memenatkan tp pglmn mengenal bermacam2 ragam orang yg ikut course ni.. semuanya mematangkan fikiran ku yg x berapa matang ni.. hihihi.. tp yg paling best hubungan ku ngan ank kesayangan ku makin erat, ye la aku jaga anak sorang sambil bljr.. suami kat perak. eh mcm x pcaya je aku mampu melakukannya sdr.. kredit untuk diri sdr.