Isnin, 24 Oktober 2011

Manfaat bertudung

Wanita BERTUDUNG umpama biadadari syurga
“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56)
“Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)
“Mereka laksan telur yang tersimpan rapi(tidak pernah diganggu oleh sesiapa pun).” (QS. Ash-Shaffaat: 49)
Dengan BERTUDUNG, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga iaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.
Dengan bertudung, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga...Anda tidak mahu ini semua??kerana apa???
Sememangnya inilah manfaat bertudung ... tetapi kenapa sekarang ramai yang bertudung tetapi lagaknya menonjol mengalahkan orang yang tidak bertudung kenapa yer?Kerana iman itu terletak di hati bukan terletak pada tudung.. So, bila kita memakai tudung niatlah kerana Allah. Moga tudung jd pelindung pada kita bkn pula fitnah yer:)

Rabu, 21 September 2011

kelas jahitan tudung






my activity and interest... mengajar dan belajar!

tempahan tudung nurse siap





menunggu untuk di pos kepada empunya..

Selasa, 6 September 2011

kesyukuran pada raya 2011






alhamdulillah.. raya yg bermakna:)

Selasa, 2 Ogos 2011

Kenapa wanita wajib bertudung?

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Selasa, 26 Julai 2011

hikmah bertudung

Hikmah bertudung... ingatan bagi yang tidak mengerti Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa..KISAH BENARSaya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seoranggadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.
Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu".
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata) Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik" Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnyakecantikan itu datang dari lubuk hati Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya? Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannyatak elok.. Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
Annisa : apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung
Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT . Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .
Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia" Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam...
dari blog lancaster

Pulau Pangkor, Malaysia





hari keluarga kemas di pangkor

Isnin, 11 Julai 2011

tudung nurse



alhamdulillah berjaya membuat tudung nurse untuk tempahan.. rm 25/helai

Isnin, 4 Julai 2011

kelas jahitan kelab wanita inspira





Have a nice moment!

kelas keusahawanan Ins. Lat. Kemas Seri Iskandar




Alhamdulillah berjaya menjalankan kelas Keusahawanan di Ins Lat. Kemas Seri Iskandar.. seramai 37 peserta telah mengikuti kelas ni.. semuanya sporting2 belaka.. InsyaAllah ada rezki kita jumpa lagi

Menerima tempahan awning tudung dan kelas jahitan tudung

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi dengan kekuatan yang diberikan oleh Nya untuk memulakan pula kelas jahitan tudung dan menerima tempahan awning tudung. Sebenarnya sebagai seorang penjawat awam yg masa kerja nya banyak dihabiskan di pejabat bukanlah mudah untuk membahagikan masa antara bisnes, kerja dan family. tetapi minat yang mendalam memungkinkan segalanya... aku berdoa pada Allah semoga segala urusan dan kerja yang dibuat dalam keberkatanNya... Jika difikirkan macam tamak pada dunia pula ye semua nak rembat.. Sebenarnya, ia bergantung pada niat kita. kalau niat nak dunia dapatlah dunia tapi kalau niat akhirat insyaAllah dapat akhirat.... Allah knows well!

Khamis, 27 Januari 2011

Berhati-hati menjaga hati



Alhamdulillah tajuk ini dikongsikan dengan pelajar-pelajar kelas FHND 2A dan FHND 2B jam 8 dan 9 pagi tadi sebagai tazkirah Jumaat. Dipetik dari Majalah Solusi Tulisan Pahrol Mohamad Juoi.. Kata Imam al-Ghazali " Carilah hatimu semasa membaca alQuran. Jika kamu tidak ketemui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, cari hatimu ketika duduk tafakur.." Erm berat sebenarnya persoalan hati. Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq(berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang resah dalam jiwa.
Ada empat tahap virus dosa merosakkan hati manusia
1. Rasa bersalah dengan dosa
2. Rasa biasa dengan dosa
3. Rasa seronok dengan dosa
4. Jadi pembela kepada dosa

Tidak perlulah dihuraikan panjang lebar tentang tahap tersebut cuma yang perlu ditekankan bagaimana mengesan penyakit hati?
Kita kena sedar hati itu bolak balik sifatnya jadi, Syeikh ibn Ata'illah memberi panduan menerusi kata-katanya; " sebahagian daripada tanda matiny hati, iaitu jika kita tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu pelanggaran dosa..
Kalau badan kita sakit kita tak berselera untuk makan begitu juga hati yang sakit menolak segala makanan rohani yang enak dan lazat seperti solat, zikrullah membaca alQuran dan lain-lain.. Harap segala perkongsian ini memberi manafaat..

Khamis, 6 Januari 2011

Dinar restu



Alhamdulillah bulan 10 yang lalu telah berjaya membeli dua keping dinar restu yang pada masa tersebut berharga RM600 sekeping. Dinar restu adalah yang paling murah di pasaran berbanding produk dinar yang lain. Dinar Restu dan Dinar Muslim adalah diantara dua produk yang boleh diperolehi dari Nubex. Reka bentuknya sama sebagaimana Dinar Muslim, cuma perbezaannya kepada tulisan dinar dalam tulisan roman, manakala pada Dinar Muslim dalam tulisan arab.

Harga semasa Dinar Restu dan Dinar Muslim boleh dilihat dari web Nubex.

Maklumat Dinar Restu:
- saiz 1 dinar 4.25g
- purity 917% (22K gold)

Maklumat Dinar Muslim:
- saiz 1 dinar, 2 dinar & 8 dinar
- purity 917% (22K gold)

Apa yang menariknya Nubex menawarkan harga diskaun untuk jumlah pembelian yang ditetapkan. Sejauh ini harga Dinar Restu dan Dinar Muslim adalah yang terendah dipasaran. Dengan harga diskaun menjadikan harganya bertambah-tambah menarik.

Hopefully boleh menambah koleksi emas dari public gold dan yang lain2 pula.. al-Quran dan menyatakan 1400 thn yang lalu baru sekarang kita tersedar.. kembalilah kepada Islam sepenuhnya..

Hikmah membaca yaasin..


Hikmah Membaca Yassin..
Rasullullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

Maksimumkan keuntungan dengan Microsoft

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

* Buangkan stigma yasin hanya dibaca sewaktu kematian...

kerudung gaby- muslimah contemporary fashion

Alhamdulillah semalam berjaya menempah dan bank in duit ke cimb bagi tujuan tempahan tudung dari Indonesia tudung gaby namanya. Pengeluaran dari Indonesia memang fashionable dan menarik.InsyaAllah dalam minggu depan pelbagai tudung gaby akan menghiasi ruangan kedaiku... ni adalah contoh2 tudung yang ditempah...






terima kasih kepada Mbak Etik kerana mengenalkan kami pada produk yang bagus nih!

Selasa, 4 Januari 2011

Tudung Fareeda

Ahad, 2 Januari 2011

Life is an Open Secret-Think about it



Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Batu Gajah menaiki train ETS sangat mendamaikan.. perjalanan yang mengambil masa 2 jam itu tidak disia-siakan begitu sahaja.. Alhamdulillah semasa di K.l sempat juga aku mencapai sebuah buku dari Pustaka ? dapatlah aku mengisi masa dengan membaca buku Hidup Bukanlah Rahsia-fikirkanlah.. sangat tersentuh hati ini dengan cerita pertama yang ditulis. Anak kunci syurga.. Kedua ibu bapa kita... buatlah sesuatu sebelum mereka meninggalkan kita. dan banyak lagilah cerita motivasi yang ditulis semuanya menyentuh hati. Erm.. sedikit sebanyak buku ini berjaya mengubah mindaku.. Simple tapi bermakna! Tak terasa 2 jam perjalanan dari K.l ke B.gajah.

Tahun baru 2011

Alhamdulillah melangkah jua ke tahun 2011. Kami mulakan tahun 2011 ini dengan pindah ke rumah baru. Semoga penghijrahan ke rumah baru ini memberi motivasi iaitu semangat yg luar biasa untuk bekerja keras mengejar akhirat supaya dunia yang dikendong mengiringi kami...
Pengalaman yang menarik apabila pindah ke rumah baru ni adalah aksi anak2 yang seronok dengan benda baru.. Uwais yang pertama kali tidur di bilik sendiri sangat teruja dengan katil keretanya.. Erm mudah memisahkan Uwais untuk tidur di bilik sendiri... tipsnya belikan apa yang dia suka dengan bersyarat.. mudahkan! Kepenatan yang dirasai berbaloi dengan keceriaan yang dilalui oleh kami sekeluarga.. Suami mengambil keputusan untuk bercuti hari ini untuk menyelesaikan baki2 barang yang masih bersepah.. aku pula mesti meneruskan tugas hakiki kerana sekarang musim2 kemasukan pelajar baru, banyak tugas yang sedang menunggu.. Pagi tadi pertama kali aku datang kerja dari Desa Seri bayu.. jauhnya 18km.. agak kelam kabut jugalah sebab sebelum ni rumah sewa kami hanya 6km dari pejabat.
Zubair pula mendapat pengasuh baru.. k. Azimah namanya. InsyaAllah 1st impression kami dia seorang yang Islamik. Hopefully ..Zubair terjaga dengan baik dalam pengasuhannya.. Lagi pun Zubair dah menjengah 1 tahun pada 1.1.11 yang lalu.. Selamat Hari Lahir Zubair.. Semoga menjadi anak yang soleh untuk umi dan abah.. kasih sayang umi ddan abah tak pernah berkurang untuk Uwais dan zubair.. Kalian adalah harta kami dunia dan akhirat