Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Ahad, 2 Januari 2011

Tahun baru 2011

Alhamdulillah melangkah jua ke tahun 2011. Kami mulakan tahun 2011 ini dengan pindah ke rumah baru. Semoga penghijrahan ke rumah baru ini memberi motivasi iaitu semangat yg luar biasa untuk bekerja keras mengejar akhirat supaya dunia yang dikendong mengiringi kami...
Pengalaman yang menarik apabila pindah ke rumah baru ni adalah aksi anak2 yang seronok dengan benda baru.. Uwais yang pertama kali tidur di bilik sendiri sangat teruja dengan katil keretanya.. Erm mudah memisahkan Uwais untuk tidur di bilik sendiri... tipsnya belikan apa yang dia suka dengan bersyarat.. mudahkan! Kepenatan yang dirasai berbaloi dengan keceriaan yang dilalui oleh kami sekeluarga.. Suami mengambil keputusan untuk bercuti hari ini untuk menyelesaikan baki2 barang yang masih bersepah.. aku pula mesti meneruskan tugas hakiki kerana sekarang musim2 kemasukan pelajar baru, banyak tugas yang sedang menunggu.. Pagi tadi pertama kali aku datang kerja dari Desa Seri bayu.. jauhnya 18km.. agak kelam kabut jugalah sebab sebelum ni rumah sewa kami hanya 6km dari pejabat.
Zubair pula mendapat pengasuh baru.. k. Azimah namanya. InsyaAllah 1st impression kami dia seorang yang Islamik. Hopefully ..Zubair terjaga dengan baik dalam pengasuhannya.. Lagi pun Zubair dah menjengah 1 tahun pada 1.1.11 yang lalu.. Selamat Hari Lahir Zubair.. Semoga menjadi anak yang soleh untuk umi dan abah.. kasih sayang umi ddan abah tak pernah berkurang untuk Uwais dan zubair.. Kalian adalah harta kami dunia dan akhirat

Selasa, 23 Februari 2010

Bukit Lang, Perak


Pemandangan seberang dari atas bot...


Menaiki bot

Seronok tinggal di perak ni sebenarnya, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi sekitar kawasan rumah jer. tak perlu berjalan jauh kita dah mampu mendamaikan jiwa dan menghiburkan hati anak yang sentiasa ditinggalkan. Destinasi kali ni tak kurang menariknya iaitu Bukit Lang, terletak di tengah bandar Ipoh, tak sangka sebenarnya dalam kepesatan bandaraya Ipoh ada satu tempat yang menyejukkan mata memandang.
Untuk ke seberang sana kita perlu menaiki bot dengan tambang semurah RM 3. Tak sampai 5 min menaiki bot kita dah pun sampai ke seberang yang mempunyai kemudahan Taman permainan, tempat berehat, dewan kecil dan beberapa rumah papan serta menara yang membolehkan kita melihat sekitar kawasan Ipoh. Kebetulan hari kami datang angin kuat dan gerimis sempat la melayan Uwais sekejap bermain di taman. Lepas tu, kami berehat di rumah papan yang disediakan.
Puas bergambar dan menikmati alam ciptaan Ilahi kami menunggu bot untuk pulang. Hem.. macam biasa Uwais tak puas menaiki bot.. nak naik lagi katanya. Seusai solat Zohor kami pun ke rumah saudara di Bercham. InsyaAllah ada masa datang lagi naik bot dan bagi ikan makan kat tasik.

Lost World of Tambun Perak

Bersama staf ILKSI bercuti di Lost World of Tambun Perak. satu percutian yang amat menyeronokkan. Inilah kali pertama Uwais tak takut air. Tapi bila ombak pantai buatan di pasang kecut dia. Tak nak main dekat gigi pantai lagi. Jadi, dia main dekat air cetek aje la. Aku masa nih dah post date bersalin dah tak larat nak melayan karenah dia, abahnya la jadi mangsa. Aku hanya memerhati sahaja. Kepenatan hilang melihat keseronokkan Uwais. Sampai hari ni dia masih menyebut-nyebut untuk ke Lost World.. Sabar ye sayang ada rezki kita pergi lagi dengan adik Zubair.


Uwais mnyertai pertandingan kutip gula-gula

Seronok berendam

My hubby sedang tarik tali.. menang!

My hubby menyampaikan hadiah kepada pemenang cilik

"Bila nih boleh main air ni.. sabar la.. nant kita main ye"

Isnin, 22 Februari 2010

Tip Keluarga Bahagia


Resipi perkahwinan bahagia
TERDAPAT banyak rahsia atau resipi untuk perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun di bawah dikongsikan tujuh saranan yang boleh diamalkan anda dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Cadangan ini memang ringkas dan boleh dibuat seberapa segera oleh mana-mana pasangan suami isteri.

1. Jika anda mahukan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun kekal segar-bugar seperti hari pertama berkahwin, anda perlulah berusaha untuknya. Caranya ialah dengan meletakkan perkahwinan itu pada tempat utama. Berikan perhatian padanya dan selalu memperuntukkan masa untuk setiap perkara yang berkaitan rumah tangga. Tidak kiralah apa yang anda selalu katakan tentang rumah tangga anda yang penting sekali ialah bagaimana cara anda menanganinya.

Tip: Buat penilaian sejauh mana anda telah memberi komitmen terhadap perkahwinan anda. Adakah anda telah meluangkan masa dan tenaga yang sepatutnya demi keharmonian rumah tangga anda?

2. Fokuskan tentang perkara yang disukai tentang pasangan anda dan abaikan apa jua perkara yang tidak berkenan tentang dia. Jika berjaya melakukan ini maka anda telah mengelakkan banyak perkara negatif yang mungkin berlaku seperti adanya hubungan sulit, perselisihan faham antara suami isteri dan yang paling penting dapat mengelakkan penceraian. Jadi fokuskan yang positif dan buang tanggapan negatif jauh-jauh.

Tip: Jangan asyik mengkritik dan mencari kelemahan pasangan. Walaupun perkara tersebut terdetik jangan biarkan ia bersarang di hati. Bila anda mula memikirkan perkara baik tentang pasangan, ia sekali gus merangsang rumah tangga menjadi lebih bahagia.

3. Sifat baik hati amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Maka, jadilah seorang yang baik. Menerusi kajian yang dilakukan kebanyakan suami atau isteri akan lebih melayan orang luar berbanding layanan terhadap ahli keluarga sendiri. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi 'yang benar' atau 'yang baik' maka pilihlah untuk menjadi yang baik. Itu memang satu nasihat yang bagus.

Tip: Dalam minggu ini cuba buat sesuatu yang menggembirakan hati pasangan anda. Buat kejutan seperti belikan hadiah atau menyediakan makan malam istimewa. Pastikan hati anda ikhlas ketika melakukannya dan jangan pula harapkan balasan.

4. Bila pasangan membantu anda dalam sesuatu perkara walaupun nilainya tidak seberapa, berilah dia penghargaan. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut yang telah meringankan beban anda. Jadikan sikap itu satu amalan dan jika ia sudah sebati dengan diri anda pasti rumah tangga akan dipenuhi keceriaan dan kegembiraan.

Tip: Lihat balik betapa pasangan anda itu bermakna dalam hidup anda. Cuba renung sesekali ke dalam mata mereka dan senyum. Anda boleh bermula dengan ayat-ayat penghargaan yang amat ringkas seperti 'saya suka senyuman awak' atau 'terima kasih atas hidangan makan malam yang lazat malam tadi.'

5. Jika anda berhajat tentang sesuatu perkara jangan pendam dalam hati dan harapkan pasangan anda dapat 'membaca' isi hati anda. Jika perkara dimahukan tidak terjadi tentu anda berang, beritahu pasangan apa yang anda mahukan dengan cara berhemah dan jelas, Komunikasi yang baik memudahkan hubungan anda berjalan lancar. Jadi bercakaplah dan jangan harap pasangan anda boleh menjadi 'ahli nujum' pula.

Tip: Selalunya anda harapkan pasangan anda memahami apa hajat anda tanpa perlu mengatakannya? Tidak kira lelaki atau wanita masing-masing mengharapkan pasangan berlaku romantis dan mengidamkan masa berdua-duaan. Tidak kurang juga yang mengharapkan pasangan membantu dalam urusan kerja rumah. Senang saja, cakaplah pada pasangan apa yang anda mahukan.

6. Buang sifat suka menghukum atau mempertahankan diri secara perlahan-lahan. Lapangkan hati menerima pendapat pasangan anda dan itu tidak bermakna anda tidak mempunyai pendirian sendiri. Tidak bermakna juga jika anda tidak menyangkal maka anda salah sebab dalam hubungan suami isteri ini memang perlu selalu bertolak ansur terutama untuk mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak rugi mengalah kerana dialah insan yang anda mahukan berada di sisi anda seumur hidup bukan?

Tip: Pilih satu sifat pasangan anda yang selalu membuatkan anda marah. Bila anda dan pasangan berdebat tentang perkara tersebut cuba dengar sahaja dan jangan berfikir tentangnya walaupun dalam hati. Cuba tengok apa hasilnya?

7. Buka hati anda seikhlas-ikhlasnya untuk pasangan anda. Kebanyakan daripada kita yang telah bertahun-tahun berumah tangga masih membatasi kasih sayang sepenuhnya buat pasangan. Jika anda mahukan rumah tangga yang harmoni dan sentiasa bersemarak bahagia, cubalah ambil risiko tersebut dan jangan fikirkan tentang perkara negatif.

Tip: Buangkan sifat buruk sangka. Memang konflik sesekali akan tercetus tapi jika anda pandai mengawal diri dan yakin pasangan anda juga patut diberi peluang maka runtuhkanlah tembok keegoaan itu. Pasti rumah tangga anda akan kekal harmoni hingga ke akhir hayat.

sumber utusan