Sejak dua tiga hari ni aku duk melayan facebook. Nick yag aku duk guna adalah n huda awang n.. x sangka berjumpa semula ngn kawan2 lama dari sekolah dulu2. terimbaulah kenangan2 lama.. biasa la ada yang manis ada yang pahit... dengan harapan facebook tu memanjangkan silaturrahim yg terputus dan bukannya tempat untuk keduniaan semata2. kadang2 kita kena faham kita sering disibukkan dengan dunia yang fana daripada akhirat yang pasti abadi. Terdetik juga di hati kebimbangan bila terlalu sibuk melayani kehidupan kita, dengan pangkat dan anak2 adakah termasuk kita dalam golongan yang dikatakan cinta kepada dunia iaitu umat Muhammad akhir zaman yang banyak tetapi seperti buih di lautan(Nauzubillah). Kenapa? kerana tiada lagi roh Islam dalam diri.. Kita seronok memperkatakan tentang kejayaan kita, aktiviti harian kita, apa yang kita miliki tetapi kita lupa untuk mengingatkan diri kita tentang persiapan menuju hari esok yang pasti.. aku x bercakap tentang orang lain tetapi tentang diriku sendiri yang diasak dengan kehidupan yang memang aku cintai ni(astaghfirullahhalazim). Ya Rabbi.. aku takut sangat bila mengingati mati.. aku mengadu kepada Mu Ya Allah permudahkan jalan ini.. luruskan lah ia.. jadikan harta dan anak2 ku jalan untuk lebih aku mendekatkan diri ku kepadaMu.
Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan
Isnin, 19 Oktober 2009
Isnin, 9 Februari 2009
Walimahku.. Satu Detik Manis Berpanjangan
Dicatat oleh Unknown di 9:09 PTGNi lah foto yang tinggal yang lain dah di kebas orang dan yg berbentuk digital dah di delete... sayang! tapi tu la bila kita sayang sesuatu macam ni la pulak kejadiannya. Redha! So, sebagai menghargai detik manis yg tak mungkin berulang lagi ni aku abadikan dalam blog ni.. moga suatu hari nanti jadi sumber rujukan anak dan cucu..
(Aku terima nikahnya Norulhuda Awang dengan emas kahwinnya seperti tersebut?)
Ni pulak sebahagian foto yang tinggal semasa honey moon di Cameron Highland 1&2 Januari 2006. Foto yang lain seme dah di remove dr kamera.. ("Abang ingat lah waktu cinta baru bersemi di sini.. takkan lupa sampai bila2.. "(time marah2 ingat lah memori kita yg manis2 ni ye...)



Rabu, 4 Februari 2009
Teknik Terengganu
Dicatat oleh Unknown di 5:16 PTG
(Mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring di Sek. Men. Teknik Tanah Merah) Sepanjang hidup aku zaman persekolahan adalah zaman yang paling mencabar dan paling menyeronokkan. Di sini segalanya bermula, erti persahabatan dan erti kehidupan. Berjauhan dengan keluarga bukan menjadi hal lg sebabnya masa form 1-3 dah tinggal di asrama. cuma bezanya asrama tu dekat la dengan rumah.
(Warga 5KP2 1996-1998)Sesekali terimbas memori dulu memang boleh senyum sendiri. Gelagat masa tu macam2. Seme nak cuba jadi hero hehehe. Aku tak de la jadi heroin pun setakat pelakon tambahan tapi, tanpa pelakon tambahan ni banyak slot2 lain x menjadi tau. Masa ni akal pun x panjang lg.. tapi aku dah ada matlamat la nak ke menara gading. So, pa2 hal dlm tindakan aku adalah berorientasikan menara gading. Aku ni ketegori berbeza ngn yg lain jugak la, aku nak berjaya tapi aku x suka orang tgk aku pulun belajar. So, cara aku, aku akan studi awal pagi masa org lain sedang melayan mimpi indah.. ada adik dorm aku Nur azlina yang sudi menemani aku waktu tu.. tepat jam 4 pagi kami akan bangun n mandi then studi.. tulah rutin harian kami. Sampaikan satu hari terserempak dengan orang luar yg cuba menyelinap masuk ke dalam asrama(penceroboh). Time ni memang kecut la.
Tapi, oleh kerana keazamanku untuk dapat gred yg bagus ni bkn penghalang.. kami teruskan jua. Kawan2 ku yang lain jenis suka studi lewat malam.. alhamdulillah berkat usaha dan doa aku dan kawan2 adalah pelajar terbaik SPM 1998.. Alhamdulillah...ni adalah hadiah istimewa untuk ibuku berkat doa dan sokongan kewangan darinya.. klu x aku x ke mana pn.(sedar diri)
(Berkayak sepanjang Sungai Marang)
(Mewakili persatuan Taekwon-Do berkayak di Kem Bukit Kolam Kuala Berang)Rabu, 14 Januari 2009
Pengajian
Dicatat oleh Unknown di 10:14 PTGEsok, Jumaat pengajianku ku di Kuala Kangsar.. Alhamdulillah ni kali ke - 2 di Kuala kangsar.. x sempat nak snap gambar menarik kat situ ari tu.. rumah kak Faridah yang kami pegi ni mmg dekat dengan Masjid Ubudiah dan kat depan sebelum masuk tmn perumahan dia ni ada satu rumah rehat ala Inggeris.. Kuala Kangsar ni sebenarnya bnyk menyimpan nostalgiaku masa zaman studi dulu.. aku pernah join program anjuran PERKIM yg diadakan di Resort Sg. Perak. kebetulan masa program yg kami adakan tu kumpulan Senario buat pengambaran Filem Lang Buana.. Sebenarnya kump senario pelik tengok kami, ye la x mintak pun autograph diorang.. hehehe. depa pulak duk tegur2 kami.. hai dik.. kawan saya Wahida sempat buat lawak.. Hai Wahid saya Wahida..antara kami je la... Tu seme tinggal kenangan yg amat manis dalam hidup aku... masa tu seme bujang2.. k.hasra, ejah, hajar, lah, n ramai lagi la.. Memori akn kekal memori hidup mesti diteruskan.. moga perjalanan aku yang panjang ni lebih mengajar aku erti perhambaan pada yang Mencipta.. rabbul izzati..
Subscribe to:
Ulasan (Atom)



