Dari lamanweb Shamsuddinkadir..
Alhamdulilah, pada Rabu 18 Mac 2009, SK telah menjayakan Bengkel Persediaan, Peluang dan Strategi Menjadi Usahwan di Kolej Polytech MARA, Bangi yang dihadiri oleh peserta seramai lebih kurang 80 orang. Secara puratanya peserta bengkel ini adalah individu yang hebat yang memiliki impian yang sangat-sangat bagus. Mereka memiliki keyakinan diri yang amat tinggi dan juga sangat perihatin dengan kesusahan yang dihadapi oleh orang yang miskin dan anak yatim. Mereka benar-benar ingin menjadi Usahawan yang berkredibiliti dan baik.
Walaupun masa yang amat terhad, peserta memberikan komitment yang terbaik. Terima kasih kepada Tuan dan Puan semua yang menjadi peserta yang datang dari seluruh Malaysia bagi mewakili kolej, institut dan organisasi di bawah MARA.
Di sini saya memetik beberapa kata-kata yang diberikan oleh para peserta bengkel tersebut.
“Saya akan menyertai lagi sekiranya kursus seperti ini dianjurkan kerana pengalaman pertama menghadiri kursus ini telah membuka minat saya ke arah perniagaan”
“Best… Membina semangat berniaga… Saya lebih yakin selepas ini dalam memajukan bisnes saya…Thanx Noor Azreena Ibrahim
“Nak mulakan buz, tidak perlu modal besar… Pada mulanya agak terkejut…tetapi bila mengikuti kursus ini, teori ini boleh diapplykan. Adeline Yasmine
“Best, Bersemangat, Bermesej” Noormanal
“Best, Sangat Bermanfaat, Berinfo yang berkesan” Syalila Mohd Arshad
“Masa yang diperuntukan tidak mencukupi” Nur Earlyana Ahmad
“Satu pendekatan baru yang mampu mengubah persepsi saya tentang dunia perniagaan” Puan NorulHuda Awang
“Program seperti ini amat bagus dan dapat memberi panduan kepada bakal usahawan” Norazura Misian
“Pengetahuan yang lebih terperinci dalam keusahawanan, Don’t judge yourself before we try it” Noorhayati Abdul Latif
“Berilmu, Bertenaga & Bermakna” - Muhammad Syukran Jamil, IKM Lumut
“Kursus ini sangat bagus bagi sesiapa yang mahu membina keyakinan untuk menjadi seorang usahawan” Norizwan Azlan, IKM Lumut
“Masa yang ringkas tetapi penuh dengan info-info baru. Banyak pengetahuan baru yang diperolehi” Wan Azmil
“Wajib diikuti oelh Bumiputra” IntanShahriza Ibrahim
“Kursus ini menarik dan berkesan serta bernas - Faizal, MRSM Gerik
“Berinformasi, unik & baru! I want more! Noor Asmida Mohd Saleh
“You are the best, We are the best” Mohd Haizom Ibrahim
Terlalu banyak lagi komen yang diberikan oleh peserta, jika sempat saya akan masukkan lagi di lain entri. Peserta bengkel ini adalah di antara yang terbaik pernah saya temui. Tahniah, tahniah, tahniah.
Terima kasih juga kepada Tuan Wan Hafizi yang bertugas di Kolej MARA Banting, seorang yang cukup peramah dan juga pengarah serta urusetia projek bengkel usahawan ini.
Saya ditemani oleh seorang dari mentor saya iaitu Tuan Hazali dari waizmalaysia.com yang banyak menyumbang dan membantu saya sepanjang program berjalan. Beliau umpama padi yang sedang membunting, semakin berisi semakin tunduk ke bumi.
Rabu, 25 Mac 2009
http://www.shamsuddinkadir.com/v2009/2009/03/peserta-bengkel-usahawan-terbaik/
Dicatat oleh Unknown di 6:44 PTGSelasa, 24 Mac 2009
Cirit-birit
Dicatat oleh Unknown di 8:31 PTGAhad, 22 Mac 2009
KPTM Bangi
Dicatat oleh Unknown di 6:53 PTGSelasa, 10 Mac 2009
Doa di tempat baru
Dicatat oleh Unknown di 11:11 PTGHARI KELUARGA KPM 2008
Dicatat oleh Unknown di 10:10 PTG
Dekat jeti Pangkor sblm bertolak sempat posing
Atas kanan: Mengutip gula2 dengan bersemangatnya
Atas kiri: Tarik tali. Pacak jangan x pacak.
Atas: Uwais sedang dibalut
Bawah: Mandi kolam.. Uwais ni takut air orangnya
Isnin, 9 Februari 2009
Walimahku.. Satu Detik Manis Berpanjangan
Dicatat oleh Unknown di 9:09 PTGNi lah foto yang tinggal yang lain dah di kebas orang dan yg berbentuk digital dah di delete... sayang! tapi tu la bila kita sayang sesuatu macam ni la pulak kejadiannya. Redha! So, sebagai menghargai detik manis yg tak mungkin berulang lagi ni aku abadikan dalam blog ni.. moga suatu hari nanti jadi sumber rujukan anak dan cucu..
(Aku terima nikahnya Norulhuda Awang dengan emas kahwinnya seperti tersebut?)
Ni pulak sebahagian foto yang tinggal semasa honey moon di Cameron Highland 1&2 Januari 2006. Foto yang lain seme dah di remove dr kamera.. ("Abang ingat lah waktu cinta baru bersemi di sini.. takkan lupa sampai bila2.. "(time marah2 ingat lah memori kita yg manis2 ni ye...)



Rabu, 4 Februari 2009
Teknik Terengganu
Dicatat oleh Unknown di 5:16 PTG
(Mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring di Sek. Men. Teknik Tanah Merah)
(Warga 5KP2 1996-1998)
(Berkayak sepanjang Sungai Marang)
(Mewakili persatuan Taekwon-Do berkayak di Kem Bukit Kolam Kuala Berang)



