
Hikmah Membaca Yassin..
Rasullullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
Maksimumkan keuntungan dengan Microsoft
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
* Buangkan stigma yasin hanya dibaca sewaktu kematian...
Khamis, 6 Januari 2011
Hikmah membaca yaasin..
Dicatat oleh Unknown di 5:11 PTGkerudung gaby- muslimah contemporary fashion
Dicatat oleh Unknown di 4:44 PTGAlhamdulillah semalam berjaya menempah dan bank in duit ke cimb bagi tujuan tempahan tudung dari Indonesia tudung gaby namanya. Pengeluaran dari Indonesia memang fashionable dan menarik.InsyaAllah dalam minggu depan pelbagai tudung gaby akan menghiasi ruangan kedaiku... ni adalah contoh2 tudung yang ditempah...



terima kasih kepada Mbak Etik kerana mengenalkan kami pada produk yang bagus nih!
Selasa, 4 Januari 2011
Ahad, 2 Januari 2011
Life is an Open Secret-Think about it
Dicatat oleh Unknown di 9:31 PTG
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Batu Gajah menaiki train ETS sangat mendamaikan.. perjalanan yang mengambil masa 2 jam itu tidak disia-siakan begitu sahaja.. Alhamdulillah semasa di K.l sempat juga aku mencapai sebuah buku dari Pustaka ? dapatlah aku mengisi masa dengan membaca buku Hidup Bukanlah Rahsia-fikirkanlah.. sangat tersentuh hati ini dengan cerita pertama yang ditulis. Anak kunci syurga.. Kedua ibu bapa kita... buatlah sesuatu sebelum mereka meninggalkan kita. dan banyak lagilah cerita motivasi yang ditulis semuanya menyentuh hati. Erm.. sedikit sebanyak buku ini berjaya mengubah mindaku.. Simple tapi bermakna! Tak terasa 2 jam perjalanan dari K.l ke B.gajah.
Tahun baru 2011
Dicatat oleh Unknown di 6:42 PTGAlhamdulillah melangkah jua ke tahun 2011. Kami mulakan tahun 2011 ini dengan pindah ke rumah baru. Semoga penghijrahan ke rumah baru ini memberi motivasi iaitu semangat yg luar biasa untuk bekerja keras mengejar akhirat supaya dunia yang dikendong mengiringi kami...
Pengalaman yang menarik apabila pindah ke rumah baru ni adalah aksi anak2 yang seronok dengan benda baru.. Uwais yang pertama kali tidur di bilik sendiri sangat teruja dengan katil keretanya.. Erm mudah memisahkan Uwais untuk tidur di bilik sendiri... tipsnya belikan apa yang dia suka dengan bersyarat.. mudahkan! Kepenatan yang dirasai berbaloi dengan keceriaan yang dilalui oleh kami sekeluarga.. Suami mengambil keputusan untuk bercuti hari ini untuk menyelesaikan baki2 barang yang masih bersepah.. aku pula mesti meneruskan tugas hakiki kerana sekarang musim2 kemasukan pelajar baru, banyak tugas yang sedang menunggu.. Pagi tadi pertama kali aku datang kerja dari Desa Seri bayu.. jauhnya 18km.. agak kelam kabut jugalah sebab sebelum ni rumah sewa kami hanya 6km dari pejabat.
Zubair pula mendapat pengasuh baru.. k. Azimah namanya. InsyaAllah 1st impression kami dia seorang yang Islamik. Hopefully ..Zubair terjaga dengan baik dalam pengasuhannya.. Lagi pun Zubair dah menjengah 1 tahun pada 1.1.11 yang lalu.. Selamat Hari Lahir Zubair.. Semoga menjadi anak yang soleh untuk umi dan abah.. kasih sayang umi ddan abah tak pernah berkurang untuk Uwais dan zubair.. Kalian adalah harta kami dunia dan akhirat
Khamis, 30 Disember 2010
Durrani's Collection
Dicatat oleh Unknown di 12:44 PGAlhamdulillah hampir enam bulan kedai tudung kami beroperasi... dalam masa tersebut terlalu banyak cabaran dan rintangan dilalui.. yang paling mencabar adalah dari segi pengurusan masa bersama family, kerjaya dan bisnes.. tapi Allah sudah mengingatkan kita orang yang berusaha insyaAllah akan memperolehi hasil sesuai dengan apa yang diusahakannya.. hopefully perniagaan ini berkembang maju dan bolehlah membantu sesama muslim dalam pemberian zakat perniagaan juga membantu keluarga khususnya.
Sebenarnya banyak idea2 bisnes lain yg muncul dibenak tapi cabaran untuk melaksanakannya dengan anak dan rumahtangga.. aku doa sangat segalanya dipermudahkan dan usaha2 yang aku jalankan ini membawa aku lebih mendekatiNya..
Sabtu, 8 Mei 2010

Dari Abu Hurairah R.A:
Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?” “Ibumu” Baginda S.A.W menjawab, “Kemudian siapa?”, “Ibumu”, “Kemudian setelahnya siapa?”, “Ibumu”. Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ayahmu” jawab Baginda Rasulullah S.A.W.
Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!
SELAMAT HARI IB MAK N MAK MERTUA KU.. MOGA DOA N RESTU SENTIASA MENGIRINGI KAMI



