Selasa, 24 Jun 2008
urut
Dicatat oleh Unknown di 1:22 PGIsnin, 23 Jun 2008
Hebat (dipetik dari blog Prof Kamil-abg Ena)
Dicatat oleh Unknown di 5:38 PGDan janganlah kamu seperti orang-orang yang keluar dari rumahnya kerana kesombongan dan ingin dilihat orang serta menghalangi (orang) dari jalan Allah, dan Allah itu mengepung apa yang mereka kerjakan [Surah Al Anfaal, ayat 47].
Saya sangat-sangat berbangga dengan staf akademik yang muda-muda tetapi berjaya menjadi insan yang hebat. Hasil kerja kuat, dalam masa yang singkat mereka berupaya menjadi penyelidik, penulis dan tenaga pengajar yang mampu menaikkan nama universiti.
Kehebatan diri tidak bermakna perlu hadir bersama dengan perasaan sombong, angkuh dan riyak. Lebih tinggi ke atas lebih kerap kita perlu melihat ke bawah. Perasaan hebat pada diri sendiri sebenarnya akan membawa kecelakaan. Mungkin tidak sekarang tetapi - percayalah - ia akan tiba jua.
Bertahun-tahun menjadi pentadbir akademik, saya menyaksikan bagaimana mereka yang kelihatan hebat enggan mengikut peraturan universiti, berasa diri disayangi dan mahu diberi keistimewaan melampau akhirnya tewas dengan perasaan sendiri.
Mereka tidak akan ke mana akhirnya. Dan pasti - pada satu ketika - akan menemui jalan mati. Sekurang-kurangnya hati sentiasa resah dan sepi!
Lalu, saya fikir perasaan menyombong diri tidak akan membawa faedah. Lebih baik mengikut resmi padi, lebih berisi, lebih tunduk. Hormat orang tidak boleh dipaksa. Ia datang di atas kerendahan hati dan perasaan. Mereka yang ikhlas akan terserlah di wajah atau melalui tindakan mereka. Samada dalam diam ataupun di mata awam.
Hebat? Kehebatan sebenar hanyalah di sisi Allah. Marilah kita memohon keampunan Allah SWT.
Ahad, 22 Jun 2008
ayat untuk kita berfikir
Dicatat oleh Unknown di 3:22 PGKadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi...
sama2 lah kita renungkan...
Sabtu, 21 Jun 2008
cuti..
Dicatat oleh Unknown di 12:17 PGalhamdulillah... dapat bercuti selepas 5 hari bekerja.. kejapnya waktu berlalu.. jadual ari ni x padat pun memandangkan husban keje... klu x ble gak p mencuci mata ke mana2, ye ke? dgn minyak naik ni rasanya x la sekerap dulu p melencong.. kna kawal perbelanjaan.. ni la kehidupan ada turun dan naiknya... Insyaallah rezeki tu ada cuma kita kena pandai bajetla... banyakkan sedekah i'allah.. lagi berkat..
Khamis, 19 Jun 2008
peringatan di penghulu hari
Dicatat oleh Unknown di 11:22 PTGihsan tko
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..
2. Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad
dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...
8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...
9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya
upp
Dicatat oleh Unknown di 1:32 PGbuat keje unit peperiksaan ari ni... senat esok... penat la mencari ada x kesilapan dalam keputusan tu.. student x masuk lg.. ni la keje kami
Rabu, 18 Jun 2008
lelong lelong
Dicatat oleh Unknown di 7:51 PGhehe bukan nak lelong apa lelong kereta kelisa ku yg comel. aku dah iklankan pun kat mudah. ramai jugak yg bertanya cuma aku macam confius je nak jual ke x... tengok la klu ada tawaran paling baik aku akan jual.. sayang wei.. that's my 1st car and elok lg...bawak pun ok... ni pasal minyak naik la ni.. terpaksa la jual satu keta... pakai satu udah ler..


