Ahad, 15 Jun 2008

Sedikit santapan rohani buat hati yg lalai...

ihsan dar kasim blog

Islam tegak atas dasar ingat-mengingat dan tugas dakwah. Usaha dakwah merangkumi 2 aspek iaitu menyuruh melakukan kebaikan (amar makruf) dan mencegah dari melakukan kejahatan (nahi mungkar). Inilah sebenarnya misi utama seseorang rasul diutuskan. Sebagai umat Islam, kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada Nabi Muhammad saw. kerana melalui usaha dakwah Baginda dan para sahabat maka kita dapat menikmati Islam dan Iman.
Sebagai tanda kesyukuran ini, kita hendaklah menyebarkan Ad-Deen ini kepada orang lain sesuai dengan pesanan Nabi "Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat." Dengan cara ini barulah Ad-Deen Islam ini dapat berkembang. Dalam kegawatan aqidah ini, tugas dakwah bukan saja terletak kepada para ulama saja; bahkan menjadi fardhu 'ain kepada semua individu Muslim memikul tugas dai'e ini mengikut kemampuan masing-masing.

0 ulasan: